Malam ni makan pulut kuning , pergh !! Sedap , guru tadika bagi lebihan pulut kasi ibu dan bapa rasa , memang sedap ,walaupun ramai pelajar tadika kata pedas , sebenarnya tak lah pedas sangat , rasa pulut memang lemak , 'baik' untuk kesihatan , dah la baru lepas buat medical check up pagi tadi , saya ada buat entri pasal pulut kuning kelmarin , sebab jannah dah baca surah , dulu baca alif ba ta saja , sekarang dah teror , dah baca surah . Apa salahnya raikan tanda kesyukuran dengan pulut kuning .
Hari ni banyak benda urgent kat tempat kerja , dalam masa 2 jam mau setel semua , cuti minggu depan , adik kahwin , memang tak le pergi mana , kena tolong , tak kan nak tengok saja , memang letih kenduri kahwin ni , tenaga pun letih , duit pun letih , darah saya dah naik pagi tadi , tapi saya masih di tahap mampu kawal diri lagi . Sebelum kenduri memang letih , lepas kenduri pun letih juga.
Selagi tak setel majlis kawin adik saya ni , memang setiap malam dok fikir yang tu saja , saya ditugaskan buat dua hantaran , semuanya saya tempah saja , sirih junjung dan kek kahwin . Ada kerja extra yang saya buat , tadi tempah banting ( banner) majlis kahwin , supaya orang tak tersilap rumah , bukan tak kasi makan , cuma orang lebih yakin kalau ada banner atau banting ni , terutama sekali bagi terima jemputan dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan !!!! . Nak harap peta di kad jemputan kahwin, kadang tu ringkas sangat , tak menggambarkan keadaan sebenar , lebih baik letak banner.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment