Blogger berjaya diukur dari segi mana ? Cuba anda fikir sejenak , adakah blogger itu berjaya dapat ramai pelawat ? Atau blogger itu berjaya membuat pendapatan yang banyak ? Kalau nak diukur dari segi kejayaan blogger itu , banyak kriteria yang perlu dibuat , antaranya tahap populariti , jumlah pelawat , dan banyak lagi termasuk gaya penulisan .
Ada sesetengah blog sangat sangat berjaya apabila cerita-cerita yang disiarkan adalah cerita panas dan mengikut selera pembaca , tapi tuan blog tak popular mana pun , apabila cerita pasal tuan blog dibuat , kurang dapat sambuatan , yang mendapat sambutan adalah cerita pasal orang lain .
Dari itu anda kena perbaiki perspektif anda berblog , untuk nak menceritakan kisah orang lain ? Atau nak cerita kisah diri sendiri ? Pilihan ditangan anda . Kalau blog anda banyak cerita pasal orang lain , maklumat yang hendak disampaikan mestilah tepat, kalau tak tepat orang itu berhak ambil tindakan ke atas anda . Kalau setakat nak ambil petikan akhbar , anda mesti letak nota bahawa anda petik dari akhbar saja .
Kalau anda nak cerita pasal diri anda , mudah saja , kalau anda tersilap fakta pasal diri anda , ubah sendiri saja , tak perlu minta maaf pada sesiapa , maafkan diri sendiri saja. Lagipun , bercerita pasal diri sendiri , banyak idea akan anda tulis nanti , pastikan anda update blog setiap hari , tapi nak update apa ? Updatelah pasal kegiatan harian anda , asalkan pembaca boleh baca saja , silent reader kan banyak , yang komen pun banyak , yang penting kita kena pandai main psyco , supaya setiap pembaca yang membaca entri kita akan tertarik nak mengomen , anda juga tak terkecuali , jangan tengok saja , sudikanlah komen di bawah ni .
Blogger berjaya dari pendapat saya , bukan diukur dari segi trafik , tapi dari segi gaya penulisan yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca , dan menarik pembaca untuk teruskan membaca penulisan anda. Banyak lagi entri-entri saya pasal blogger , antaranya adalah Blogger boleh kaya? Rajinlah tengok entri lama saya dalam blog ini
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
9 comments:
betul tu... setuju dengan entri ni... blogger yang berjaya bukanlah hanya dilihat dari sudut trafik dan follower yang tinggi sahaja...tapi dari gaya penulisan...dan betul juga... bukannya berblog nak menceritakan kisah orang lain...sekiranya ingin...pastikan fakta tersebut adalah benar dan bukannya assumption semata2... ^_^... x tau jangan cuba2 nak buat kesimpulan sendiri ye tak? sometimes what you think, what you see, doesn't define the actual... it could be yes or it could be no... pastikan fakta terlebih dahulu...
banyak sebenarnya kalau nak dihuraikan tentang blogger berjaya ni... oleh itu, kalau trafik dan follower tinggi sebenarnya kita tak perlu nak mendabik dada... ^_^
setuju , trafik tinggi pun bukannya satu trafik masuk dapat sepuluh sen , tak dapat apa pun , macam air yang mengalir saja . TQ
sekarang nampaknya En Zainal kita dah berubah cerita pasal seo, pasal diet, pasal blogger... cayalah b. cik...hehe
Tapi mmg setuju.... okje lagi suka pasal diri sendiri yg tah pape ni hehe...
buat entri sendiri lagi baik , senang nak buat ayat sendiri
ramai mampu jdi blogger tpi x byk blog yg bley hidup.. ada yg wat 2 3 entry lps tu tggl..
lebih baik kepada satu blog saja , tanamkan minat dalam penulisan barulah boleh pergi jauh dalam arena blog ni
semua orang boleh menjadi blogger tapi tak semua boleh menjadi blogger yang berjaya kan abg cik.
Suka saya baca entri ni..betul tu..saya pun setuju..kalau tulis pasal diri sendiri lebih mudah nak menulis.
Post a Comment