Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Mar 2013

Panduan membeli baju murah


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Ramai yang tergoda pergi pasaraya , tak tahu macamana nak pilih baju , dalam fikiran tu , semua nak beli, habis semua dibuka , lepas tu sepahkan , try tak pun ,salesgirl tu pun geleng kepala nak lipat balik  , mana satu nak beli ni , sini saya nak kongsi tips berguna kepada anda yang pening nak pilih baju bila pergi pasaraya.

Pertama sekali tengok harga dia dulu, kalau mahal jangan gatal nak beli , ikut kemampuan sendiri saja, jangan ikut nafsu semata-mata. Selalunya , baju yang murah  adalah stok lama , jualan penghabisan stok , baju itu ada brand , ada jenama , tapi cuma stok lama , hendak dihabiskan , inilah masa anda nak beli barang jenama yang mahal dengan harga murah , macam saya selalu pergi ke pasaraya , kalau offer 70% baru beli , selagi tak offer , saya tak akan beli , itu prinsip kedekut namanya , gurau saja, kalau tak ada offer biarlah pakai baju lama saja .

Tengok jenama baju tu , pilihlah jenama yang bagus sikit , Cheetah , B.U.M. , Forest , Orlando , John Master dan macam-macam lagi baju berjenama , bukan nak berlagak , tapi fikirkan kualiti , saya bukan nak suruh anda beli dengan harga mahal, anda tunggu sampai ada jualan murah , masa itu lah anda beli baju itu .

Pakai dulu baju yang hendak dibeli itu , pergi dressing room dan pakai dulu , tengok cermin , padan tak dengan anda , labuh, atau tak cukup panjang ,anda boleh tengok , bawa semua size masuk dressing room , anda try semua size L,XL dan XXL , nak beli biar puas hati . Dah try jangan tak beli pula , malu juga kepada salegirl tu .  

Pilihlah baju yang belum diusik orang lagi , kalau anda ambil baju yang berlonggok di bahagian atas , dah tentu ramai orang dah pegang dan try pakai , anda ambil lah bahagian bawah punya , dah tentu fresh , andalah orang pertama yang try baju tu . 

Teliti jahitan baju tu , mana tau ada butang terkeluar ke , terbertas jahitan ke , terkoyak ke , pastikan anda tengok dulu  sebelum anda buat bayaran.

Itulah seba sedikit panduan yang saya dapat ceritakan kepada anda , pengalaman dan panduan saya nak beli baju , dulu suka juga baju bundle , tapi tengok harga baju bundle pun sama saja dengan baju baru , baik beli baru . Ok sampai sini saja , moga entri ni memberi manfaat kepada anda .   

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...

nice sharing .tengah cari tips nak bebeli baju ni :D

Post a Comment