Orang perempuan adalah satu makhluk ciptaan Allah yang istimewa , mereka boleh melahirkan anak , tampa orang perempuan , tak bertambahlah manusia di dunia ini , mereka amat special ! Mereka dikurniakan Allah dengan nisbah nafsu dan akal 9 : 1 , maksudnya 9 nafsu dan 1 akal. Mereka amat cerewet dalam banyak perkara . Saya akan kupas perkara-perkara yang dicerewetkan oleh mereka .
Orang Perempuan akan cerewet bila rumah kotor , memang pantang bagi mereka nampak kotor , habuk kecil pun mereka nampak , inikan pula sampah . Pantang ada sampah dan bau busuk mesti kena leteran punya . Berbeza dengan kaum lelaki , ada setengah tu pemalas sangat . Memang patutlah kena leter dengan isteri .
Orang Perempuan akan cerewet bila berbicara tentang kecantikan ! Memang betul , sanggup berhabis duit beratus ringgit beli kosmetik , ada yang tak guna pun simpan saja , tapi nafsu beli mereka tinggi , nak beli juga , asalkan boleh layan nafsu beli tu . Berbeza dengan orang lelaki , pasal kecantikan tak ada pun tak pa , asalkan kemas saja . Beli setakat mana yang perlu saja .
Orang Perempuan akan cerewet bila nak beli baju . Kalau nak tunggu mereka beli baju tu , jenuh tunggu berjam-jam nak pilih sehelai baju pun . Last sekali tak beli juga , sama juga dengan tudung , nak tudung jenis apa , tudung bawal ka , tudung ikan paus ka ! Semua nak beli , asalkan bertukar , baju pun sama , tiap-tiap bulan mesti tukar baju baru , koleksi baju saja dah boleh muat satu lori , pakai je dua tiga kali , dah tak nak pakai dah .
Itu saja buat masa ni , nantikan Orang Perempuan akan cerewet bila ......(Episod 2 ) dari saya ....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
Hahaha, marah nnt blogger perempuan ni.
itu kenyataan shameel !!
dulu2 ms bujang la yg cerewet sampai tagha tu... baju 1set ats ke bwh wajib sm colour, kalo tak, sanggup tak kluar. la ni... anak dh 5... belasah ja...janji tutup aurat, suami suka. Sudah... hehe
Betul...betul.... tapi okje tak delah cerewet banget.. sikit2 je...
Post a Comment