Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel ini menarik juga berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.
Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.
PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.
Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.
Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.-lamankongsi.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
3 comments:
Allah maha Besar..
Allah maha kaya
semoga jd pengajaran utk semua
Post a Comment