Kekadang ni orang kaya ni terlalu banyak duit sampai tak tau nak letak duit tu kat mana , inilah jadinya , harga dia mencecah RM100 k , mahal wei ! Tengok kisah kat bawah ni ......
Seorang ahli perniagaan Pulau Pinang telah memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan "PKR 1" dengan tawaran bidaan berjumlah RM99,555.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Hassan Yaacob berkata pemuda dalam usia lingkungan 40-an itu adalah antara lima orang pembida lain dengan mengemukakan bidaan paling rendah iaitu RM40,000.
"Kami menerima 623 tawaran bidaan untuk siri pendaftaran PKR, yang mana 384 pemohon telah berjaya. Saya tidak pasti jika terdapat orang yang dikenali atau pemimpin PKR yang mengemukakan bidaan ini," katanya dalam temu bual di sini, Rabu.
Bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman berkata beberapa pemimpin parti telah menyatakan minat untuk membida bagi siri PKR.
Mansor berkata beliau telah mengemukakan tawaran untuk nombor yang sedap didengar bagi dirinya sendiri.
Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan PKR bermula pada 21 Mei dan berakhir pada tengah hari, 4 Jun.
Hassan berkata selain PKR 1, plat kenderaan lain dengan bilangan bidaan tertinggi adalah PKR 8, yang diambil dengan harga RM33,800.
Jualan tinggi yang lain ialah PKR 3-RM50,000, PKR 5-RM28,000 dan PKR 2-RM23, 200.
Pembida yang berjaya juga membayar antara RM12,000 dan RM38,380 untuk PKR 6, PKR 7, PKR 9 dan PKR 10.
"Tidak seperti plat nombor WWW yang menerima 18,243 bidaan, tiada apa-apa yang luar biasa mengenai siri PKR," kata Hassan.
"Ia adalah perkara biasa apabila kita menerima kira-kira 500 hingga 600 bidaan daripada 9,999 nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan kepada setiap siri.
Hassan berkata senarai pembida yang berjaya untuk siri PKR akan dipamerkan di ibu pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, Khamis.
Dipetik dari carigold.com
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment