Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Jun 2012

MAKAN KAT KFC LAGI MALAM NI , BERTAMBAHLAH KOLESTROL AKU NI !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Malam ni seperti biasa saya sekeluarga keluar untuk makan malam dan gunting rambut sekali anak aku yang sulung tu .

Keluar pukul 6.30 petang dan sampai kedai gunting rambut lebih kurang 6.50 petang , terus gunting rambut ' kak long ' panggilan aku kepada anak yang sulung tu .

Tempat biasa kami  gunting rambut adalah di kedai Fong kat Kangar tu , hari ni  gunting fesyen ala amoi , ok lah tu sekali sekala tukar fesyen. Tengok gambar ni ada style amoi tak ??



Selepas tu pergi makan KFC, wife order  snack plate, aku order nasi dan ayam seketul tu  , dan menu baru POK'KITS , best juga harganya RM3.60 tapi sedap dan mengenyangkan.

POK'KITS ni yang hujung tu yang best sebab kuah dia ada kat hujung. Next time kalau aku datang lagi aku nak order POKKITS tu dengan air je dah cukup.


Sementara itu wife aku order Snack Plate original . Dah muak aku makan ayam KFC original ni , nasib baik ada ayam hot an spicy baru tu best juga rasanya.

Aku  siap bawa air mineral dari luar lagi sebab aku memang tak minum air ber gas, aku minum air masak dan air mineral je .

Dah selesai makan  balik le , dalam fikiran aku bertambah le kolesterol aku minggu ni , tapi tak mengape, Quaker Oat yang aku minum tu boleh potong kolesterol . Hidup biar tak kaya tapi sihat dan banyak amalan untuk hari akhirat !! Renungkan.....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment