Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Jun 2012

JALAN JALAN CARI MAKAN VERSI IQRAM (ARTIS)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Pelakon Iqram Dinzly yakin berat badannya tidak akan naik secara mendadak berbanding sesetengah pengacara sebelum ini apabila memikul tanggungjawab mengendalikan musim terbaru program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Iqram berkata, sebagai pengacara baru program itu, dia sentiasa memastikan pemakanannya seimbang dengan mengambil banyak air suam, buah-buahan dan makanan tambahan bagi memudahkan lawas.

"Saya memang seorang yang suka makan dan hampir setiap satu jam saya akan mengambil makanan dan sejak dulu saya akan memastikan mengambil banyak air suam, buah-buahan dan makanan tambahan.

"Malah jika ada penggambaran JJCM saya akan memastikan hanya memakan makanan yang disediakan semasa penggambaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Iqram menggantikan dua pengacara terdahulu iaitu Iqbal Mazlan dan Shiha (Mentor). JJCM terbaru bakal menemui peminat bermula 1 Julai depan pukul 12 tengah hari, setiap hari Ahad.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia mengakui agak gusar dengan penerimaan penonton terhadap cara penyampaiannya dan berharap peminat akan memberi sokongan.

Iqram berkata, tanggungjawab sebagai pengacara JJCM bukan mudah tambahan pula ia telah menjadi program yang diminati oleh penonton.

"Bagi saya jika bukan saya pun yang menggalas tugas ini orang akan tetap membandingkan cara penyampaian saya dengan pengacara terdahulu terutamanya Maria Tunku Sabri.

"Saya rasa tiada siapa dapat menyainginya (Maria) dan apa yang penting sebagai pengacara baru kita perlu buat yang terbaik," ujarnya.

Tambah Iqram, dia juga ada bertemu sendiri dengan Maria untuk mendapatkan nasihat dan tip bagi menjayakan program itu.

"Maria banyak memberi panduan dan paling penting dia mahu saya menjadi diri sendiri dan bukannya meniru gayanya atau orang lain," katanya.

Sementara itu, Iqram memberitahu dia telah merakamkan tiga episod JJCM dan berpuas hati dengan persembahannya selepas menjalani uji bakat bersama TV3 pada Mei lalu.

Iqram berkata, walaupun untuk episod pertama dia agak kaku tetapi dia semakin selesa mengacarakan program itu dan berharap penonton akan menyukainya.

"Mula-mula memang gelabah sebab masih belum dapat momentum sebagai pengacara sebuah program makanan tetapi semakin selesa kerana telah mula mesra dengan krew dan konsep program," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Legenda Budak Setan 2 (LBS2) selain beberapa drama iaitu Menantu VS Menantu dan telefilem berjudul Ayah gandingannya bersama pelakon Jalil Hamid.

Araublogger - boleh kawal makan , cuma makan makanan di set penggambaran dah le , balik rumah tak payah le makan yang berat2 lagi , steady iqram !! 

Sumber dari mstar.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment