Mereka ni buat kerja berkumpulan macam geng curi susu dulu.
Duit hantaran tentu ada kat situ. Dan tetamu yang hadir dah tentu tinggal beg duit kat situ . Jadi mudah lah bagi geng gelang ni mencuri.
Mereka ni pakai baju kurung dan orang lain tak perasan , mereka datang bersama-sama orang ramai. Tengok petikan ni , kes terbaru berlaku di Perlis :
PADANG BESAR: “Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan,” kata Abdullah Mohd Noor, 60.
Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya ‘diserang’ sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu.
Gambar atas adalah almari yang kena selongkar
Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu.
Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan. -HARIAN METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment