Perasan tak ada setengah budak tu yang sukan main sampai tengah malam , bagi dia malam dah jadi siang dan siang dah jadi malam !!!
Itu terjadi pada anak aku ni yang bongsu , diakan aktif selepas tengah malam , selepas pukul 12 , so kami ibu bapa ni terpaksa le bersengkang mata.
Puas aku tahan dia punya mengantuk supaya tido lewat sikit supaya dia tido susah nak jaga . Mak ooi, dia jaga juga selepas tido dua jam .
Bayangkan dia tido pukul 11 malam dan terjaga pukul 1 pagi , terus dia nak main sampai pukul 5 pagi , aku le kena tunggu.
Hari tu pukul 5 pagi aku tido, bangun pukul 7.30 pagi siap-siap nak pergi kerja , bayangkan lah macam mana keadaan aku ni . Tido tempat keja lah jawabnya.
Ada orang kata terbalik kan pakaian dia supaya dia tido waktu malam , dah try dulu , dah ok , tapi sekarang jadi balik, pening kepala aku dan wife.
Ingat nak pergi jumpa ustaz le nak tanya pasal ni tapi ustaz mana , ada sape tau !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment