Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Oct 2012

' Ulat Teksi Arab ' bermaharajalela di Bukit Bintang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Dah la datang negara orang ni ada yang tak ber passport , buat meniaga jadi ulat  teksi pulak , ada permit ka , atau pinjam permit orang , caj mahal pulak tu , tau la senang nak bawa pelancong Arab sebab satu bahasa, jadi   senang paham , tapi apa akan jadi kepada pemandu teksi tempatan ? Periuk nasi mereka ditutup oleh Pak Arab ni , anak bini nak makan apa ? Kebanyakan mereka ni adalah pelajar dari timur tengah , student pun boleh jadi ulat ? Harap pihak berkuasa ambik tindakan ...



Kemasukan pelancong dari Timur Tengah sepatutnya membawa rezeki melimpah kepada pemandu teksi Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri dengan kehadiran ratusan ‘ulat teksi Arab’ yang bergiat aktif di kawasan tumpuan pelancongan negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.
Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi.Difahamkan, pendapatan tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit dianggarkan mencecah RM100 juta setahun dan ia merugikan pendapatan negara yang sepatutnya dikutip daripada sektor pelancongan.Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud 300 ulat teksi Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif untuk pelancong Timur Tengah.Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000 sebulan, tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan mereka difahamkan sudah bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu. Aku ambik dari sini

Kalau nama ja pak arab , aku mmg angin betul , ingat tak hari  kes pukau ?, dia pura-pura nak tukar duit note RM 100 , pukau cashier sikit , lesap RM500 , cashier tu tak sedar duit dia kena curi , mereka ni datang satu group , sorang pompuan  dan 2 lelaki , modus operandi , nak tukar duit kononnya . Yang jatuh cinta dengan pak arab pun ada .....apa nak jadi .....


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

OKje said...

Sian jugak ek ..... diaorg ni menutup periuk nasi Pemandu Teksi tempatan.......Oklah tu perkara ni pun dah dihighlightkan.... so harap2 adalah orang yg ambik berat tentang ni

zack mus said...

warga sing mmg buat kacau kat negara kita nihh

Unknown said...

Harap2 pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan terhadap perkara nie...Entah sampai bila la issue PATI nie terus membelenggu masyarakat kita...Hmmm...Tak tau nak komen apa lagi...

abikwan said...

oo, ada juga isu macam ni kan?.. sememang nya negara Malaysia banyak peluang buat duit, tapi diambil oleh warga asing. Rakyat kita kene lah lebih agresif dalam ambil peluang ...

pink.petite.couture.bynur said...

sebab diorang beri rasuah,orang atas makan rasuah,lesen pelancongan dapat senang je,org kita nak dapat mcm nangis,bukak semua dokumen semua pakai photohoshop

Post a Comment