Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

27 Oct 2012

Lagi kes buang bayi


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Tak tau lah apa nak jadi akhir zaman ni , bayi tak berdosa dibuang dalam parit , kejam sungguh , tak da perikemanusiaan langsung . Kalau tak nak bayi tu serah je kepada orang yang nak , kan senang !


Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah , Kangar, Perlis .

Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.

Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan.Berita penuh di sini

Gadis berusia 17 tahun disyaki melahirkan anak tersebut , bayi tu tak berdosa , nape buat cam tu , serah je kepada orang yang nak , ramai lagi kat luar sana orang yang kahwin tak dak anak , bagi je kat diaorang . Nape buang dalam taliair , malu ? Benda dah terjadi , nak wat camna ? Bayi tu memang la anak luar nikah , tapi dia bukan minta pun dilahirkan begitu , bayi tu tak berdosa la ...

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment