Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Oct 2012

Suami dan isteri pecah amanah kena penjara , apa nasib anak mereka?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Pandai buat , pandai lah tanggung , gelap mata tengok duit banyak , inilah akibatnya ...


Di Penang, seorang bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat dan suaminya, seorang peguam, masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah harta milik Bank Muamalat Bhd cawangan Universiti Sains Malaysia (USM), bernilai RM1.57 juta, tiga tahun lepas.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Aishah Mohamed Rose dan suaminya Johari Ahmad, masing-masing berusia 51 tahun, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu.Selain itu, pasangan suami isteri itu masing-masing turut dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM183,702.63.

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan peguam tertuduh, Md. Yusuf Md. Idris, untuk menangguh pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.Mahkamah turut menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM100,000 kepada RM150,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh. sumber

Kekadang aku terfikir , orang keje bank ni , kalau duit hilang mereka kena ganti tak ? Kalau lah tak leh nak ganti , apa bank nak buat ? nak potong gaji ? nak korek ambik kat mana ? ade juga member aku keje bank , tapi aku tak sanggup nak tanya pasal tu , meeka lebih arif kan ? Tapi yang pastu orang keje bank selalunya tak leh nak balik awal , kena setel yang mana belum setel dulu ...

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...

Tak tahu la apa nak jadi dengan dunia sekarang nie...Semakin menakutkan...Kesian jugak coz dah berumur tapi kalau sudah melakukan kesalahan, terpaksa terima jugak la hukumannya...Betul tak Abg Cik?

Post a Comment