Berita ni , jarang terpapar dalam akhbar , seingat aku baru sekali ni ada dalam newspaper , abang tertindih adik , baru berusia sebulan , tak tau nak wat ape lagi bayi ni , nak beralih pun tak leh lagi , inikan pula nak bercakap , dah tu abag dia pula terjatuh atas dia , tak tau lama mana abg dia duduk atas dia tu , boleh sesak nafas budak tu.
ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam. Sumber dari sini
Budak umur 5 tahun ,abg dia tu , kalau nyenyak tidur memang tak sedar apa , berat dia anggaran dalam 25 kilo , macam anak aku , 5 tahun gak , bayangkan 25 kilo , seperti sekampit beras , terjatuh atas bayi berusia 30 hari , ..hurrm , tak leh nak bayangkan , memang sakit , apa pun kita sedekah Al-Fatihah untuk dia , mudahan dia dapat membantu mak dan bapa dia masuk syurga nanti ....amin
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
5 comments:
masyaAllah.. kesian budak tu. ujian dariNya.
Al-Fatehah...mesti sedihkan.... nak buat cam ne dah takdir dia...
mesti abg tu rase bersalh seumur hidup..kesian
al fatihah
rasa bersalah .. ketentuan Tuhan , umur 5 tahun bukan tau apa lagi
Kesiannya bayi tu...Tapi, tak boleh salahkan abangn ya jugak...Coz baru lima tahun bah...Mana dia tahu apa2...
Post a Comment