Ye la aku dah agak dah , kes jatuhkan motor ,pura-pura kena langgar , kes langgar bontot kereta orang , bila orang keluar dia bagi pisau , haa rakan dia pula geledah habis licin isi kereta kena sapu , nasib baik dengan kereta sekali dia larikan , jaga-jaga ....
Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi tadi.Dalam kejadian pukul 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin.Menurut mangsa, ketika kejadian, dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah ditutup.Katanya, ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan penunggang motosikal tersebut menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa.
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.
"Apabila saya keluar daripada kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta,” katanya.
Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam ”dashboard” keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini. Aku ambik dari sini
Mmg perkara ni kita sendiri mau tau , kalau kita langgar org , atau org langgar kita , atau kita nampak org minta tolong , jgn murah hati sangat , jgn keluar dari kereta kalau tak sedap hati , terutama sekali di waktu malam , sbb time tu lah perompak berkeliaran , menanti mangsa .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment