Jarang dengar suami cekup isteri khalwat dalam rumah sendiri , tapi ni kisah benar ni , rasanya tak da rasa cinta kot , orang tua paksa kawin kot , camna leh jadi cam ni ? Tengok kisah ni ...
Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.Aku ambik dari sini
Kira sabar gak suami ni , masih bagi peluang , aku ? Tak tau la tak penah jadi kat aku lagi , kalau bini minta je aku terus bagi , haa penuh makna tu , jgn salah paham, yang si isteri ni pun kalau tak suka , haa minta cerai je , tak yah nak sorok lagi , kan dah kena cekup ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
11 comments:
Saya... ==" mula risau lepas baca...isk
errr...macam abg cik cakapkan. maybe diorang kahwin sebab bukan dasar cinta kot.
si suami pun dah ilang sabar kan. boleh pulak buat kat umah sendiri kan.
istri tu kne brtaubatlah..
isshk , tak kan sampai cam tu kot , projek dalam rumah sendiri , rasanya kawen paksa ni , orang toa suruh, agaknye
Rugi wanita tu...
Dah dapat suami yang baik dan penyabar macam tu pun dia tak hargai...
Memang tak patut pun .... sanggup buat laki macam tu.... dunia...dunia... apa nak jadi dah!
cian laki tu.... xbaik la wat cmtu... kan...
budak ni baru habis SPM kot , tak sempat nak enjoi lagi
dah dapat suami yang baik..isteri pula yang buat hal..ish ish macam macam cerita sekarang ni
curang, xcium bau syurga la.. takutnya dengar, takut jugak nak kawin nanti
asalkan dapat suami @ isteri yang sehati sejiwa gitu baru aman bahgia rumahtangga ,kan ?
Post a Comment