Bila aku baca kisah ni , hisssh berderau darah aku yg dah tinggi ni semakin tinggi , bila baca kisah gadis Melayu dirogol Mat Myammar , kurang ajar betul , rasa mcm nak ajar betul2 je mereka ni , nasib baik Malaysia ni ada undang-undang , kena ikut saluran yg betul , biar polis selesaikan , kalau ikut aku .......hissh .. malas cakap .... 'sabar' , ' sabar'.....
Di Subang Jaya , Selangor , empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini. Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka. “Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. “Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.Sumber Metro.
Nasib baik wanita ni tak da pertalian darah dengan aku , tak sangkut apa-apa dengan aku , tu pun aku dah tak leh duduk diam ni , tolong sabarkan aku , Mat Myammar ni memang kurang ajar , dah la datang secara haram , pandai bawa kereta pula tu tak lesen lah kot . Tapi budak pompuan ni anak bangsa kita , tak kan kita nak duduk diam saja , kalau terjadi kat sedara kita camna ? Diperlakukan seperti binatang. Ada rasa tercabar ?
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
5 comments:
isk..kesiannye. sekarang perempuan da tak selamat sangat nak keluar2 umah ni.
memang tak selamat , lepas ni nak keluar rumah kena naik kereta kebal je
Buat semua kita yang bergelar wanita...
Jangan keluar rumah tanpa ditemani oleh sesiapa...
Jadikan kes ini sebagai pengajaran kita semua...
Sedih...bila kes seperti ini terjadi di negara kita...
Betul tu Wilma , abg cik sangat sedih , maruah kita tercalar
nampaknya orang pompuan kalu nak keluar kena sentiasa berteman la..yang mana bujang, kena cepat-cepat kawen.hehehe
Post a Comment