Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

1 Oct 2012

Tembakan disangka mercun di luar rumah sendiri


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Di Klang Selangor , tembakan di luar rumah disangka mercun oleh seorang pemandu lori ....memang tak sangka ...

“Sewaktu hendak tidur kira-kira jam 4 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kawasan rumah. Saya sangka itu bunyi mercun, tapi pagi tadi baru saya tahu ia bunyi tembakan,” kata seorang lelaki mengenai kejadian tembakan di rumah jirannya di Taman Sri Andalas, di sini, semalam.

Menurut lelaki enggan dikenali itu, ia kejadian tembakan pertama yang berlaku sejak dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan sejak 16 tahun lalu. Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah dan kesan tembakan yang dilepaskan dapat dilihat di beberapa kawasan rumah seperti di tingkap, pagar dan tiang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam kejadian itu pemilik rumah berusia berusia 55 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori terkejut selepas mendengar dua das bunyi tembakan dari luar rumahnya.

Menurutnya, sebaik mendengar bunyi tembakan berkenaan, mangsa segera keluar dari rumahnya sebelum melihat dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal Yamaha RXZ.


“Namun, sewaktu melihat kelibat suspek itu, suspek sempat melepaskan dua das lagi tembakan ke arah rumah mangsa sebelum melarikan diri ke jalan utama.


“Sebaik melihat suspek melarikan diri, mangsa memeriksa kawasan rumahnya dan mendapati pintu dan cermin tingkap rumahnya berlubang kesan daripada tembakan berkenaan,” katanya.

Mohamad berkata, polis dan pasukan forensik dihantar ke tempat kejadian menemui enam kelonsong peluru di luar pagar rumah mangsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.


Menurutnya, polis masih mengenal pasti motif tembakan dilepaskan ke arah rumah mangsa kerana berdasarkan keterangan daripada mangsa, dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa namun laporan polis dibuat kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya pada masa akan datang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam dan boleh dipenjara sekurang-kurangnya setahun atau didenda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. sumber

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

OKje said...

Ni kes berat ni .... suka-suka hati aje tembak rumah orang...

Post a Comment