Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Jul 2012

APA YANG PEROMPAK NI NAK ? BAS KOSONG ADE LE !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Apa motif perompak ni aku  pun tak tau , yg dirompak adalah bas henti2 . Ada le 5 org pelajar kat dlm bas tu , budak sekolah mana ada duit banyak. Kalau nak curi duit kat drebar bas tu ade le sikit kot. 

Kalau nak jual tayar bas tu boleh le , badan dan enjin bas tu kalau dileraikan boleh jual dapat gak duit .  Tapi sempat ke nak jual semua tu . Aku rase perompak ni tak plan nak rompak sebenarnya kot . Atau dia ada dendam kat drebar tu . Ape pun tak yah buat andaian merapu  sbb kes ni nasih dlm siasatan polis ....



IPOH 5 Julai - Kebiasaannya, penjenayah melarikan kenderaan yang membawa muatan berharga tetapi lain pula di sini hari ini, apabila sekumpulan suspek memilih untuk mencuri sebuah bas henti-henti laluan Ipoh-Bercham.

Dalam kejadian di Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh, empat lelaki bersenjatakan batu menyerang sebelum merampas sebuah bas henti-henti yang dinaiki lima pelajar sekolah.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi apabila empat lelaki terbabit dipercayai melempar batu ke arah bas berkenaan dan memaksa pemandunya membuka pintu penumpang di satu persimpangan lampu isyarat.

Kesemua suspek kemudian terus meluru masuk ke dalam bas dan menyerang pemandu tersebut, T. Manirajah, 50. Mangsa kemudian melarikan diri melalui pintu pemandu.
Sumber dr utusan.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Ayue Rejaluddin said...

Ni dah xde keje la tu.....

Post a Comment