Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

12 Jul 2012

SUAMI ISTERI BERCERAI SEBAB TAK SOKONG PARTI ISLAM PAS


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Macam2 cerita kita dengar kisah rumah tangga ni , tapi yg lawak habis ni , pasangan ni bercerai sbb, PAS,ha ha , suami naik angin kepada isteri sbb pergi dengan ceramah DR Hasan Ali (JATI).
Mereka kerap bergaduh pasal isu politik , si suami sokong parti lain , si isteri sokong parti lain , mana bolah susuk sebumbung. Tapi jgn le taksub sangat , sampai meruntuhkan masjid ni apa nak jadi ! 
PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Sumber Kosmo! Online - Negara
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment