Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Jul 2012

WANITA BERUMUR 100 TAHUN DEDAH RAHSIA PANJANG UMUR


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jarang kita jumpa wanita boleh hidup sampai 100 tahun umurnya , tapi berlainan pula kisahnya dengan Che Ah Bakar , berusia 100 tahun dari Kg Alor Mengkuang , Pendang , Kedah ni . Kira panjang umurnya , dia pun dedahkan rahsia umur panjang tanpa ada sebarang penyakit kronik . 

Rahsianya adalah sentiasa makan ulam-ulaman , dan ( yang ni aku tak leh buat ni ) TAK MINUM AIS !! Bolehkah kita tak minum ais dalam sehari ? Hari -hari minum air panas dan air suam saja.


Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza  dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.

Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.

Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.

“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.

“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

Semua yg berlaku tu atas kehendak Allah S.W.T. , Kalau tak minum ais tu , kalau nak mati , mati juga , dalam kelambu pun boleh mati . Semuanya atas kehendakNya. Kes yg berlaku pada wanita ini jarang-jarang berlaku . Jadi kalau nak umur panjang tu amalkan lah petua tersebut , tapi ingat !! , kita mampu merancang , Tuhan menentukan , kalau amalkan petua tersebut pun tak semestinya automatik umur panjang sbb hidup mati kita di tangan Tuhan.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment