Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Jul 2012

UMPAMA ' NYAWA KEDUA ' SELEPAS DIBEBASKAN DARI HUKUMAN MATI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


"Alhamdulillah, saya seperti mendapat 'nyawa kedua' apabila dibebaskan selepas 26 tahun menjalani hukuman," kata Pak Ali yang dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Pak Ali, 60, (bukan nama sebenar) adalah antara lapan banduan yang mendapat pengampunan Sultan Johor sempena Ramadan, tahun ini. Katanya, dia pernah 'patah jiwa' dan putus harapan selepas rayuan kali ketiganya ditolak sehingga pernah terfikir untuk menamatkan saja hidupnya.

"Namun, kekuatan diri kembali apabila kakak yang tidak jemu datang melawat memberi semangat supaya tidak lagi menambah dosa diri ini.

"Hari ini saya seperti mati hidup semula dan seperti bayi yang baru dilahirkan semula. Pada saat saya mula menerima hakikat akan berdepan hukuman mati pada bila-bila masa, pengampunan ini memberi harapan dan peluang yang tidak pernah disangka.

"Saya akan tebus semula setiap kesilapan dan kesalahan dengan menjadi manusia paling bersyukur serta berjanji tidak akan mensia-siakan 'nyawa kedua' ini," katanya ketika ditemui di Penjara Kluang, di sini, semalam.
Pak Ali yang masih bujang, didapati bersalah mengedar 6.71 kilogram ganja dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 15 Februari 1992 mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saya bercadang meneruskan minat dalam pembuatan perabot dan kraftangan dengan membuka bengkel sendiri, malah mahu melatih anak muda dalam bidang ini supaya hidup mereka tidak tersasar," katanya.

Sementara itu, banduan warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Pak Min, 57, yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup ketika berusia 18 tahun mengikut Seksyen 5 Akta Senjata Api, bersyukur apabila mendapat pengampunan selepas 38 tahun dipenjara.

"Saya sudah tinggal di penjara sejak 38 tahun lalu ketika baru berusia 18 tahun. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan perasaan saya, ia bercampur antara gembira, hiba, syukur dan insaf.

"Sebelum ini saya adalah manusia yang liar, buas dan jahat. Namun selepas dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat, baru saya sedar. Apa yang paling dikesalkan adalah tidak berpeluang memohon ampun dengan ibu bapa yang sudah meninggal dunia," katanya.

Pak Min kini bercadang kembali bertemu adik-beradiknya di Singapura dan membuka kedai jahitan dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran ketika mendapat latihan di penjara.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Kluang, Mat Rasid Jahlil, berkata pembebasan tiga banduan Penjara Kluang termasuk seorang banduan akhir itu mencipta sejarah penjara di Malaysia.

"Ini juga mencipta sejarah di negeri ini berikutan ini adalah kali pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi pengampunan baginda selepas seingat saya amalan begini tidak dilakukan berbelas-belas tahun lamanya," katanya.

sumber

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment