Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jul 2012

VIRUS HIV AIDS BOLEH BERJANGKIT MELALUI PERALATAN PERGIGIAN YANG DIGUNA SEMULA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kisah ini berlaku di Denver Kanada , HIV Aids dan Hepatitis boleh berjangkit jika kita mendapat rawatan di Klinik Gigi yang mengitar semula atau tak membuang  peralatan pergigian yg telah digunakan. Percaya atau tidak virus itu boleh berjangkit melalui peralatan pergigian itu. 
Seorang doktor gigi yang digantung lesen mungkin mendedahkan ribuan pelanggan kepada jangkitan HIV dan hepatitis kerana dia mengitar semula peralatannya.Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado berkata, kira-kira 8,000 pelanggan Stephen Stein dinasihat menjalani ujian kesihatan dengan segera.


Jabatan terbabit juga menghantar surat kepada semua pelanggan Stein untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Perbuatan Stein terdedah apabila penyiasat menemui bukti dia menggunakan semula jarum dan picagari di dua kliniknya antara September 1999 dan Jun 2012.Kenyataan jabatan itu menyebut, amalan berkenaan bercanggah dengan protokol perubatan standard.


“Ia terbukti menyebarkan jangkitan,” katanya. Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendapat pengesahan mengenai sebarang kes membabitkan jangkitan berbahaya dari klinik Stein

Rasa takut pun ada nak pergi dapatkan rawatan pergigian. Dulu aku selalu pergi cuci gigi , tapi sekarang ni tak mau dah cuci gigi. Sebabnya ada sorang abang tu kata mcm ni kat aku ..


" Abang ni umur baru 50 tapi gigi dah gugur , tau sebab apa , sebab abang selalu cuci gigi , gigi abang dah tak tahan sebab getaran dari alat pencuci gigi tu buatkan gigi abang mudah tercabut "


Seram juga aku dengar cerita tu ,memang waktu cuci gigi tu gigi kita akan rasa getaran alat pencuci tu , tapi tak sangka pula sampai jadi mcm tu . Sampai sekarang aku tak pergi dah cuci gigi. Lagi-lagi terbaca artikel ni pulak pasal jangkitan HIV melalui peralatan pergigian , memang aku tak akan pergi cuci gigi dah , kalau nak cabut pun aku cabut sendiri je !!ok tak ?


Sumber dr harian metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment