Lagi kes AMUK kali ni di Cheras pula , sama macam berlaku di JPM Putrajaya , suspek menggunakan parang dan melibas mangsa mcm samurai pancung kepala orang. Tapi kali ni bukan kepala yang dipancung tapi bahu yg dipancung ,sampai putus urat bahu. Teruskan membaca kisah bawah ni .
Tindakan seorang abang mahu menyelamatkan adik perempuan dan anak saudaranya berusia empat bulan daripada ditetak seorang lelaki yang mengamuk berdekatan Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, membawa padah apabila bahu kanannya ditetak dalam kejadian berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Yu Amril, 25, ditetak di bahu kanan hingga menyebabkan urat bahunya putus manakala adik iparnya, Azrul Zainal Abidin, 24, bengkak di muka akibat diserang lelaki sama.
Menceritakan kembali kejadian berkenaan, adik mangsa, Noraini Yu Amril, 24, berkata sebelum kejadian, mereka sekeluarga pergi membeli barang dapur di Pasar Chow Kit sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di Cheras.
Katanya, ketika hendak keluar dari simpang jalan menghala ke Jalan Cheras, kereta dinaiki mereka dihimpit lori pasir yang enggan memberi laluan menyebabkan mereka memperlahankan kenderaan.
“Namun, pemandu lori itu seperti tidak puas hati dengan kami dan asyik menjeling hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.
“Selepas berlanggar, pemandu lori itu tidak melihat kerosakan kenderaan di hadapannya sebaliknya menuju ke arah kenderaan kami dan mengetuk cermin pemandu sebelum menumbuk muka suami saya bertubi-tubi sebaik dia menurunkan cermin,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurutnya, suaminya sempat menolak lelaki itu ke belakang sebelum membuka pintu kereta dan abangnya yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut membantu suaminya daripada terus menjadi mangsa amukan lelaki itu.
Katanya, dengan tiba-tiba lelaki itu kembali ke lorinya sebelum membawa sebilah parang dan melibas ke arah suaminya namun bernasib baik sempat mengelak.
“Berang kerana sasarannya tidak mengena, lelaki itu menjerit akan melibas saya dan anak berusia empat bulan yang sedang duduk di perhentian bas berdekatan sebelum berlari menuju ke arah saya.
“Abang saya yang risau dengan keadaan saya mendukung anak ketika itu cuba menahan lelaki berkenaan dan akibatnya terkena tetakan di bahu kanannya,” katanya.
Beliau berkata, walaupun cedera, abangnya sempat melarikan diri ke arah pondok polis berdekatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan membantu memujuk lelaki terbabit supaya bertenang.
“Selepas memujuk lebih 30 minit, lelaki itu akhirnya menyerahkan parang sebelum orang ramai menghubungi polis,” katanya.
Sebagai langkah keselamatan , kalau org ketuk cermin kereta kita jangan sesekali buka , dan kalau orang langgar kita dari belakang , jangan keluar dr kereta kalau rasa tak sedap hati, kalau rasa ok dan keadaan terkawal baru keluar, sekarang ni macam2 taktik yg digunakan untuk merompak ,menyamun, merogol dsb.
Aku sendiri pernah dilanggar oleh motosikal di Penang dan penunggang tu tergolek atas jalan , dia yang langgar aku , bukan aku langgar dia , so aku terus pecut kereta , tak berani nak berhenti sbb kawasan tu kawasan Cina. Ak pusing satu Penang untuk pastikan tiada sesiapa ekori aku dan tak ada sesiapa follow aku balik rumah. Kalau depa tau rumah aku , NAHAS.
Satu lagi berwaspada pada orang yang berpura-pura eksiden , kalau betul2 eksiden takpa , tapi ini kalau taktik nak menagih belas kesian dan menyamun , tak yah layan , jangan hentikan kenderaan , aku sendiri pesan kat wife , kalau ada orang langgar dari belakang waktu malam ,kalau tak sedap hati jangan keluar.
Sumber dari hmetro.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment