Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Jun 2012

ADAKAH ANDA SUKA TINGGAL ANAK DALAM KERETA ?? BACA CERITA CEMAS NI ......


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Cemas seketika ibu bapa ni apabila melihat kereta dilarikan bersama anak kat dalam. Kejadian ni berlaku di Johor Bahru . Ingatkan selamat le tinggalkan kereta berkunci tapi enjin dihidupkan , tapi pencuri dapat curi juga . Itulah kalau penagih dadah tu tetap penagih , susah nak berhenti . AB pun suka tinggal anak dalam kereta tapi buka tingkap sikit supaya oksijen masuk ,  tapi kunci AB bawa. Tapi AB tak masuk kedai lama-lama. Tapi selalu AB tinggal anak dalam kereta adalah ketika isi minyak kereta , kalau AB nak masuk lama nak ambil duit sekali AB bawa anak sekali  dan lock kereta . Kekadang tu siap pesan kat anak  " kalau orang ketuk kereta jangan buka , kalau abah yang ketuk tak pa ". Bacalah cerita ni dulu , lain kali AB sambung cerita ......





JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah cemas apabila salah seorang daripada tiga anaknya yang dibawa ke kedai berhampiran rumah untuk membeli barang keperluan dapur dilarikan pencuri kereta, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Mohd Ryan Hazim, 2, pada mulanya bersama dua kakaknya, Nor Sabrina Damiah, 6, dan Nor Sofea Hadirah, 4, sedang menunggu ibunya membeli barang di dalam kereta berkunci dengan enjin yang tidak dimatikan.

Bagaimanapun, Damiah bertindak keluar meninggalkan sekejap Hadirah dan Hazim untuk mendapatkan ibunya kerana bimbang apabila kelihatan seorang lelaki berlegar berdekatan kenderaan itu.

Sejurus itu, lelaki terbabit masuk ke dalam kereta menyebabkan Hadirah pula bertindak keluar dari kereta ibunya, namun gagal menarik keluar Hazim bersamanya.

Menceritakan kembali detik cemas yang dilaluinya, Khazlin Saat, 35, mengakui panik apabila melihat Hazim bersama kereta miliknya dilarikan seorang lelaki secara terburu-buru.

"Damiah membuka ‘lock’ pintu kereta seterusnya menuju ke arah saya untuk memberitahu sesuatu. Secara tiba-tiba, kedengaran Sofea menjerit dan saya segera bergegas ke arah kereta,
namun pencuri kereta terbabit terus melarikan diri.

"Saya berasa amat panik apabila melihat Hazim masih ada di dalam kenderaan ketika kereta itu dilarikan. Saya cuba menjerit, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Saya segera hubungi polis dan suami untuk memberitahu perkara ini," katanya, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh sejam kemudian, dia menerima panggilan daripada Balai Polis Kangkar Pulai mengatakan Hazim ditemui oleh pengusaha sebuah restoran yang ditinggalkan
berhampiran di premis perniagaan berkenaan.

"Lega apabila menerima panggilan daripada polis mengatakan Hazim berada di Balai Kangkar Pulai dalam keadaan sihat dan stabil. Saya dan suami tidak fikir soal kehilangan kereta, sebaliknya bimbang dengan keselamatan Hazim apabila dilarikan pencuri kereta.

"Saya diberitahu Hazim ditinggalkan oleh pencuri kereta terbabit di sebuah restoran. Melihat keadaan Hazim yang seakan merayau tanpa arah dan berkaki ayam, pengusaha restoran itu menghantar anak lelaki saya ke balai polis," katanya.

Bapa Hazim, Mohd Hisham Rahiman, 35, berkata, dia hanya berserah dan tawakal kepada ALLAH SWT sebaik sahaja diberitahu isterinya anak bongsunya itu dilarikan penjenayah berserta kereta mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya berjaya menemui kembali kereta Perodua Myvi milik Khazlin dan menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian curi kenderaan itu di Jalan Trus, di sini.

Katanya, modus operandi dilakukan suspek adalah mencuri kenderaan yang ditinggalkan dalam enjin yang tidak dimatikan.

"Sejurus laporan diterima, polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan kenderaan milik mangsa. Bertindak atas maklumat awam, polis menemui kembali kereta mangsa sekitar jam 11.30 malam dan menahan tiga lelaki yang berada di dalam kenderaan terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian kereta di sekitar Nusajaya dan Johor Bahru Selatan," katanya.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.-sinar harian
 
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Unknown said...

wow ..kes berat gini

zack mus said...

cerita ni jadikan pengajaran

Post a Comment