Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 Jun 2012

ANDA PERNAH HILANG IC ?INI LAH AKIBATNYA KALAU HILANG IC


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Kesian juga tengok wanita  ni dia hilang IC 18 tahun yang lalu tapi sekarang ic dia digunakan untuk buat pinjaman bank  kad kredit dan macam2 lagi . Bank pun silap nak luluskan pinjaman pun tak tengok muka kat ic tu ke serpa ke tak .

Seorang operator kilang kini bingung memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit berjumlah RM250,000.


Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar, Gombak.


Ceritanya, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004.


Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu.


"Pada awalnya, saya sangka masalah itu akan selesai tetapi sekali lagi saya mendapat surat daripada sebuah lagi bank menyatakan saya mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam.


Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009.-kosmo

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment