Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Dec 2011

Gambar Jalan Serian-Sri Aman Mendap


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
 Jalan Trans Borneo masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Km 78 Jalan Serian-Sri Aman, manakala kerja membina jalan sementara masih diteruskan. Orang ramai yang mahu ke Sri Aman atau ke Kuching boleh menggunakan Jalan Slabi di Km 62 Jalan Serian untuk ke Km 80 Jalan Serian-Sri Aman. Lagi beberapa keping gambar kat bawah.

Untuk pengguna jalan raya dari Sri Aman yang mahu ke Kuching, sila masuk ke Simpang Krait (sebelum Semungkoi) dan keluar di Simpang Slabi. Bagi pengguna jalan raya dari Serian ke Sri Aman, sila masuk ke Simpang Slabi dan keluar di Simpang Krait. Keadaan tanah runtuh agak serius dengan separuh jalan utama mendap ke bawah dan tidak boleh digunakan terus. Keadaan di lokasi dilaporkan sesak teruk dengan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas. Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sudah ke lokasi malam tadi untuk meninjau kerosakan dan mengambil tindakan segera. -Berita Harian
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Post a Comment