Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF.
Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri sesi temuduga KPLI-SR j-QAF:
1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.
Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal menyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.
Berdasarkan sesi temuduga KPLI-SR j-QAF, ramai calon dikenalpasti mempunyai banyak kelemahan dan gagal. Antaranya ialah :
1-Tiada keyakinan diri.
2-Tidak menunjukkan bakat dan minat ke arah kerjaya sebagai guru j-QAF.
3-Terlalu merendah diri.
4-Gagal mengawal tekanan semasa sesi temuduga individu.
Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.
Sesi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dengan jayanya.
Fokus utama sesi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.
Selain itu calon temuduga bakal diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.
Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 – 16 Disember 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.
Untuk anda berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF nanti, anda perlulah membuat persediaan secukupnya agar sebarang kelemahan yang ada dalam diri anda dapat diperbaiki. Usaha keras memperbaiki apa jua kelemahan diri agar dapat menampilkan prestasi yang optimum semasa sesi temuduga nanti.
Jadikan diri anda calon yang bersiap sedia dan mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Anda sudah berjaya sejauh ini, adakah anda mahu bersikap sambil lewa sahaja? Buat persediaan! Itulah yang paling penting. Dapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Temuduga KPLI j-QAF. Terdapat pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan kali ini. Maklumat lanjut disini. Selain dari itu boleh juga amalkan doa kat bawah .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment