Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Dec 2011

SBPA BIAR JADI PEMANGKIN LONJAK PRODUKTIVITI , TINGKAT PRESTASI


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
TEKA-TEKI mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudah terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam. Berdasarkan pekeliling itu, pembaharuan yang dilakukan itu selari agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

Kita berharap SBPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002 akan mendorong kira-kira 1.4 juta penjawat awam bekerja lebih keras lagi selepas ini. Kita berharap tidak timbul lagi kelemahan dan kecacatan terhadap skim ini kerana SBPA akan menggunakan mekanisme penilaian Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK). Kita percaya Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) serta Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) adalah mekanisme penilaian berkesan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sewajar diberi ruang untuk dilaksanakan. Jaminan JPA yang akan mengutamakan penjawat awam berpengalaman dan cemerlang bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam dan hanya mengambil orang luar apabila keadaan sangat memerlukan pastinya memberi kelegaan kepada pegawai tinggi yang bertugas ketika ini kerana mereka juga berpeluang mendapat kenaikan jawatan. Kewujudan hierarki Perkhidmatan Awam diharapkan dapat mengatasi kelemahan yang wujud dalam skim saraan sebelum ini kerana matlamat asal perubahan skim perkhidmatan bertujuan meningkatkan prestasi kerja penjawat awam dan imej jentera pentadbiran kerajaan. Pengenalan sistem gaji baru dalam SBPA sepatutnya menjadi dorongan kepada kakitangan awam meningkatkan mutu perkhidmatan dan bukan sekadar mengharapkan bonus tinggi melimpah ke poket masing-masing setiap hujung tahun.

Harapan kita dan rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat.

Kewujudan dasar pemisah atau ‘exit policy’ bagi menangani isu penjawat awam berprestasi rendah dan bertujuan melepaskan mereka daripada terus berkhidmat dalam perkhidmatan dengan memberikan pilihan kepada mereka untuk bersara awal tidak harus dijadikan isu besar. Apa yang penting, kita mengharapkan sistem penyampaian awam juga akan menjadi lebih cekap di samping kerenah birokrasi dapat dikurangkan. -Berita Harian 
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment