Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Dec 2011

Apa dah jadi antara Adlin dan Chef Wan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
NAMPAK marah betul Adlin Aman Ramlie kepada juri Maharaja Lawak Mega, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disebabkan komen lanjutan kenapa dan mengapa dia tersingkir dari pertandingan itu di laman Facebooknya (FB).

Dalam coretan ketua tukang masa glamour tersohor itu, ada juga diselitkan mengenai sikap Adlin yang menyindir juri menerusi bahan lawaknya.


Panjang jugalah penerangan Wan dalam ruangan berkenaan. Sebagai membalas ‘kupasan’ berkenaan, Adlin mengambil pendekatan sama, namun lebih panas apabila mengumumkan FB akan menjadi medan pertempuran maya buat mereka berdua. Ia dilakukan akuinya sebagai tindakan mempertahankan diri daripada ‘serangan’ Chef Wan.
Membawa ayat demi ayat yang digunakan Adlin itu kita sudah dapat menjangka ia ditulis ketika sedang emosional atau mengikut perasaan. Masa tengah panas kata orang. Cuma Cik Normah pelik dengan tindakan pelakon, aktivis teater, pengarah yang sudah kerap diundang menjadi juri termasuk Akademi Fantasia. Sanggup dia meletakkan tahapnya seperti budak baru mengenal dunia hiburan sehingga cepat melatah tatkala dicuit. Sedangkan, dia mengeluarkan kata-kata pedas pada orang lain, tak apa pula. Tak ada pun orang nak ambil hati pada Adlin kecuali kalau cakapnya memang melampau atau kasar sangat.

Bagi Cik Normah tak salah dia mahu membalas komen terbabit tetapi biarlah secara bijak. Orang akan lebih menghormatinya sebagai anak seni yang punya kredibiliti malah Cik Normah yakin Chef Wan juga akan tabik. Ini tidak, siap melancarkan perang lagi. Kalau pun perbuatan Chef Wan mengupas segala perihal pertandingan itu terutama berkaitan dirinya di laman peribadi sendiri dilihat kurang profesional, cuba berhemah sedikit tatkala menanganinya.

Bukan dia tidak pernah duduk di kerusi juri atau kurang biasa menggunakan ayat pedih telinga kepada calon. Jadi terimalah semua tu dengan hati terbuka. Begitu juga komen juri, anggap saja ia pengisian untuk kebaikan diri. Cik Normah faham Adlin bengang sebab Chef Wan membawa perihal pertandingan hingga ke luar gelanggang sepatutnya.

Cik Normah tak mahu menyebelahi sesiapa kerana perbuatan Chef Wan mengulas perihal sikap Adlin di laman sembang juga kurang wajar. Apa pun sudah-sudahlah. Harap-harap selepas ini mereka dapat membuang yang keruh, ambil yang jernih. Sumber dari Berita Harian
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment