Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Oct 2012

Baru kenal sebulan dah sapu RM 40 ribu



Macam kena pukau je aku dengar , baru kenal sebulan dah sapu RM 40 ribu , yang syoknya , si mangsa siap buat loan bank , hutang along semata nak kasi kat boyfriend dia , ni kes kemaruk nak kahwin  ni , patutnya lelaki la kena tanggung semua , ni terbalik , pompuan yang tanggung. Berita penuh sini

Bukan setakat wang , motosikal pun dah diserahkan kepada laki tu , tak guna betul , semua dia sapu , entah -entah kena pukau kot , mana tau sekarang ni banyak kes pukau , Ben Ashaari pun kata dia kena pukau .....


Baca Lagi

Treler masuk rumah ..Bahaya bina rumah tepi jalan ni



Bukan salah buat rumah tepi jalan, cuma risiko macam gambar atas tu , risiko tinggi , nak buat rumah , buatlah , tak kisah , tapi kot jadi mcm gambar atas tu . Kalau ada budak kecik   jadi mangsa , kesian  ! Malang tak berbau ...Berita penuh sini
Baca Lagi

Gaji penjawat awam naik lagi tahun 2013 ?



Gaji penjawat awam akan naik lagi 2013 ? Biar betul ! tapi begitulah petikan akhbar yang aku baca dari akhbar Sinar hari ni .....


Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.Berita penuh di sini

Tak silap aku awal tahun 2012 , yang kecoh pasal SBPA , gaji dah naik , tak silap aku 13 peratus , ni aku dengar khabar angin , gaji nak naik lagi huhu. Tah betul tah tidak , baru dalam peringkat kajian .
Baca Lagi

Taktik terbaru penyamun , jatuhkan motor



Ye la aku dah agak dah , kes jatuhkan motor ,pura-pura kena langgar , kes langgar bontot kereta orang , bila orang keluar dia bagi pisau , haa rakan dia pula geledah habis licin isi kereta kena sapu , nasib baik dengan kereta sekali dia larikan , jaga-jaga ....

Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi tadi.Dalam kejadian pukul 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin.Menurut mangsa, ketika kejadian, dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah ditutup.Katanya, ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan penunggang motosikal tersebut menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa.

"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Apabila saya keluar daripada kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta,” katanya.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam ”dashboard” keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini. Aku ambik dari sini

Mmg perkara ni kita sendiri mau tau , kalau kita langgar org , atau org langgar kita , atau kita nampak org minta tolong , jgn murah hati sangat , jgn keluar dari kereta kalau tak sedap hati , terutama sekali di waktu malam , sbb time tu lah perompak berkeliaran , menanti mangsa .
Baca Lagi

' Usahawan ' konon tapi hasil dari mencuri



Haiih ...macam-macam cerita dunia sekarang ni aku ambik dari Harian Metro hari ni , yang tak kenal haram halal tu macam ni le akibatnya  ......

Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa Petaling itu juga pernah dicekup polis atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun, niat lelaki berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu di Pudu Sentral dengan menunggang motosikal curinya membawa padah apabila dicekup polis, semalam. Dalam Ops Nombor Pendaftaran Palsu dan Snap Check Pelbagai Kesalahan Jenayah yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), lelaki berkenaan dicekup di tempat letak motosikal di kawasan itu.

Pegawai Operasi U3K, Inspektor James Jakup berkata, ketika menjalankan pemeriksaan mereka menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna hitam yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. “Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di PPR Seri Alam pada 15 Mei lalu dan selepas ditahan, suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan bantuan rakannya.
Katanya, selepas membuat laporan tangkapan, suspek dihantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Haha ..sepandai tupai melompat akhirnya masuk jerat  gak .....
Baca Lagi

30 Oct 2012

Tanam sayur atas bumbung ...kesian


Penduduk Palestine tanam sayur atas bumbung
Penduduk Palestin terpaksa tanam sayur atas bumbung , kesian , sampai tahap tu kehidupan mereka , Allah nak uji tu , bumi Palestine bumi para ambiya' , bumi yang penuh keberkatan . Sebulan yang lepas aku terbaca akhbar ,  mereka ternak ikan dalam kanvas , yang pelik nya ikan tu ikan air tawar , tapi mereka boleh guna air laut yang telah ditapis untuk mengurangkan rasa masin , MasyaAllah !! Allah Maha Besar !! Kat Malaysia ni pun tak penah lagi aku dengar ikan air tawar boleh hidup dalam air masin , Tapi kat Palestine semua boleh jadi . Terpaksa ternak ikan sebab nak gi ke laut tak boleh sebab takut kena tembak dengan peluru berpandu.

Di Palestine , sumber air bersih mereka disekat , nak minum air hujan ja ada , . Kalau nak air bersih kena korek telaga sendiri .Satu lagi keajaiban di sana , tempat yang tak disangka ada air , akan ada air , contoh ada satu dataran kering kontang , tapi bila ditanam pokok, pokok itu hidup subur , walhal Israel dah istihar , tempat tu memang tak da air . Walhal kat bawah tanah ada oasis , haa air tu  dilitupi oleh pasir . Kuasa Allah semua tu .

Jom kita bantu sedara seagama dengan doa atau wang , kita berjuang bersama-sama mereka ....Baca lagi sini
Baca Lagi

Medan Gopeng nak kena pindah ke Meru Jaya ?


Hari tu aku gi kursus di Shah Alam , aku pergi dan balik naik bas, jadi waktu nak balik tu kawan ajak aku tumpang kereta dia sampai Medan Gopeng , Ipoh. Medan Gopeng tu stesyen Bas Ekspress la , aku pun tumpang , tapi aku kata kat dia , aku kena sampai sebelum kol 9 mlm , sebab bas terakhir ke Perlis bertolak kol 9 mlm . Dalam perjalanan tu dia ada cerita , Medan Gopeng nak kena pindah ke Meru Jaya , dekat tol Jelapang ( Ipoh Utara ) , aku dok pikir , betul ka ? Memang betol pun , baca cerita bawah ni ...



Majoriti pengusaha dan ejen bas ekspres bagi semua laluan enggan berpindah ke Terminal Amanjaya kerana tidak berpuas hati apabila ia diuruskan sebuah syarikat dan bukannya sepenuhnya milik Kerajaan Negeri.
Menurutnya, sehingga kini, pembahagian kaunter penjualan tiket oleh pengurusan terminal yang masih belum terjawab, selain banyak masalah dalaman yang timbul membuatkan mereka tidak mahu memindahkan operasi ke Meru Raya.Baca berita penuh di sini

Aku ni tak penah tinggal kat Ipoh , tapi aku selalu singgah kat Medan Gopeng tu sbb , aku selalu balik dari KL naik ' bas lompat ' . ' Bas lompat' tu maksudnya , aku naik dari Pudu Central  ke Ipoh , pas tu dari Ipoh ke Kangar , haa cepat sikit sampai  dan jimat masa . Kalau kursus aku habis kol 4.30 petang  , naik bas dari KL kol  5.30  petang , sampai Ipoh kol 8.30 mlm , pastu naik bas dari Ipoh kol 9 mlm , sampai Kangar dlm kol 1.30 pagi  gitu la , jimat masa menunggu , kalau aku naik bas ekspress dari KL terus Kangar , kol 11 mlm baru nak bertolak , so mana yang terbaik ? Nak merayau KL dulu sambil tunggu bas kol 11 ka ? Atau naik ' bas lompat'  ?  Ada keburukan gak sampai Kangar kol 1.30 pagi ni , teksi dah tak da time tu , terpaksa kejut bini gak datang ambik kat stesyen bas  , kesiannnn dia ......
Baca Lagi

Jodoh silap dail telefon



Kalau dah jodoh , semuanya dipermudahkan Allah , walaupun dirinya OKU , kerana keserasian antara mereka , ke jinjang pelamin juga akhirnya ....


Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu. Kisah ni berlaku di Pasir Mas.

Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).

Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.Aku ambik dari sini

Perkenalan melalui telefon , tanpa melihat sendiri wajah , dah jatuh cinta melalui suara . Tau-tau OKU , tak kisahlah , makhluk Allah gak kan ? Aku dulu pun macam tu gak , main SMS huhu...
Baca Lagi

Pelajar USM terjatuh dari tingkat 7 asrama


Penyakit kemurungan ni banyak berkait rapat dengan makhluk halus agaknya  , ikut kata hati ,mati lah jawabnya ....


Seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh asramanya, di sini hari ini.

Pada kejadian jam 11.30 pagi, pelajar berusia 21 tahun itu ditemui dalam kedaaan terlentang di atas bumbung parkir kereta selepas dikatakan terjatuh menerusi tingkap biliknya. Sumber polis berkata berdasarkan maklumat rakan sebiliknya, siswa dari Pusat Pengajian Pengurusan itu berkelakuan tidak normal dan mengalami kemurungan sebelum kejadian.


"Pelajar itu dikatakan berada dalam keadaan histeria, kerap mandi dan berbogel di dalam biliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan beliau berkata pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.Berita penuh di sini

Dulu aku pun study kat USM gak , selalu gak tension , tapi tak lah sampai nak terjun bangunan , tapi kes atas tu tak dapat nak elak lah , mmg selalu terjadi macam tu . Banyak faktor terjadi macam tu , tension study , tension girlfriend , macam2 lagi , lagipun bangunan USM tu banyak menyimpan kes-kes seram gak yang terjadi dulu-dulu , eiii seramya ....

Baca Lagi

29 Oct 2012

Kereta terbakar ketika isi NGV



Dari akhbar Sinar hari ni , ni kes kedua aku dengar sepanjang aku membaca akhbar online ni , kereta terbakar semasa isi NGV ....



Di Batu Caves ,sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen .Berita penuh sini

Dulu aku ada gak berangan-angan nak pasang NGV , tapi terpaksa batal sbb , kos nak pasang mahal sangat , lagipun tak ramai lagi yang guna NGV , cuma pemandu teksi ja , ada orang kata kereta tak pick up , haaa kena main minyak gak kalau nak pick up , kalau jalan long distance  bagus guna NGV , kalau jalan dekat-dekat , tak bagus . Kalau aku pasang NGV , bonet belakang dah tentu penuh dengan tong NGV tu , kat mana aku nak letak barang aku ?
Baca Lagi

Madu kasi lampu hijau kahwin 4


Aku terbaca akhbar hari ni , isteri sanggup cari calon isteri untuk suami lengkapkan kuota , ' beristeri 4 ' ha, best ni ...

Di Trengganu , terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.

Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat. Berita penuh sini

Dikurniakan 17 anak semuanya berjaya , tapi si suami tu mampu , apa salahnya kahwin  4 , madu pun bagi galakan . Hidup bermadu ni banyak cabarannya , fuhh kena sabar ......

Baca Lagi

Siapa yang mati sebenarnya ....




“Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.”

Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur.Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.Aku ambik dari sini

Yang aku nampak di sini , tersalah identiti , yang mati sebenarnya orang lain , tapi yang dilaporkan orang lain , haa mungkin gak  wartawan yang tersalah report . Kekadang ni akhbar bukan boleh caya sangat ....huhu 
Baca Lagi

28 Oct 2012

Happy Birthday .....


Kelmarin aku dapat wish happy birthday dari berpuluh-puluh friend kat FB , waa banyaknya , tak sangka birthday aku akan jatuh pada Raya Aidil Adha kedua , dah 39 tahun ni , blogger otai nama dia tuh ( perasan ) , makin tua makin menjadi ......


Anyway , thanks kepada semua friend yang wish happy besday kat aku ni , kepada yang mendoakan aku , amiiiiiin , sebagai balasan , aku doakan  Allah akan memberkati hidup korang gak  , ok .....
Baca Lagi

Jaga-jaga , sindiket gores dan menang kini kembali



Gores dan menang kini kembali , jaga-jaga jangan terpedaya , dulu aku dah kena dah sekali , haa jangan kena lagi ..



Kes terbaru membabitkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Isnin lalu di sebuah pasar raya di Cheng, dekat sini, yang diperdaya sehingga kerugian RM3,000.

Menurutnya, jumlah aduan berkenaan termasuk enam kes di Melaka Tengah oleh satu sindiket gores menang dianggotai lima individu membabitkan kerugian kira-kira RM20,000.

“Hasil risikan dan serbuan, lima lelaki berusia 18 hingga 36 tahun, termasuk penyelianya ditahan 16 Ogos lalu dan pihak kami turut merampas 43 keping kad cabutan bertuah dan masing-masing satu tilam jed, dapur memasak dan mesin urut.Berita penuh sini

Camna aku kena dulu ? Tapi bukan aku yang keluar duit , arwah abg ipar aku yg kena , aku ada bersama dia waktu tu . Ada satu sindiket ni buat servey la konon , berjalan dari rumah ke rumah , pakai baju yg ada lambang Giant la konon , dlm survey tu kita dikehendaki jawab beberapa soalan , tajuk survey tu gini ' Adakah anda bersetuju jika pasaraya Giant di buka di sini ? ' . Haa tu dia tajuk survey dia .

Abg ipar aku pun jawab la , lepas tu ada cabutan bertuah , kalau gores ada gambar duit , haa ada peluang dapat kereta Nissan GTR sebiji , kita pun gores lah , tiba-tiba ada gambar duit . Ingatkan betul-betul dapat kereta lah , rupanya ada satu lagi cabutan , tapi kali ni kena bayar duit dan beli set urut kaki dan tilam , harga dia dekat 3 ribu gak , kita pun beli ,  lepas tu , cabutan bertuah , tak pun dapat kereta , cuma dapat water filter je , pandai menipu betol . Kalau kita pikir balik , set urut kaki, tilam dan water filter tu harga dia lebih kurang 3 ribu lah , haaaa kan dah kena tipu , tapi tak pa la dapat barang walau kena ' PAKSA BELI '. Tu la nak kereta Nissan GTR punya pasal .....3 ribu lesap , tak pa la dapat barang ......
Baca Lagi

27 Oct 2012

Kucing ni harga RM100000




Kucing ni harganya RM100000 , sama harga dengan sebiji rumah , nak wat cam na dia peminat kucing , jenis kucing ni adalah kucing Bengal , dari Moscow , Russia .

Kucing betina yang bernama Polar Day itu pada awalnya dibeli oleh Julie Menadue Sancheita, 50, dengan harga RM30,000 tetapi melonjak sehingga mencecah RM100,000 apabila terpaksa menanggung kos perjalanan, insurans, kuarantin, perubatan dan makanan. Berita penuh di sini

Aku  bukannya peminat kucing , tak lah sampai nak gi beli kucing , dulu aku bela kucing , kutip kat tepi jalan ja , dia datang sendiri rumah aku , haa ambik bela la , kalau nak gi beli ? tak mungkin , tapi bagi peminat kucing , haa mati pun sanggup!.

Sanggup dia tak makan , tapi kucing makan , sampai bawa tempat tidur pun ada , tidur dengan kucing ?Nanti kucing berak baru tau , padan muka . Penah sekor kucing berak atas tilam aku dulu , puncanya?puncanya , aku terkunci kucing dalam bilik , pas tu aku gi keja , balik ja keja , bau tahi kucing dalam bilik , haaa dia berak dalam bilik , padan muka .Pengajaran buat peminat kucing, sebelum keluar rumah , atau tidur , pastikan kucing diletak luar rumah .Patutnya kucing ni diajar berak dalam tandas .....karang berebut nak guna tandas dengan manusia lak  !!
Baca Lagi

Lagi kes buang bayi



Tak tau lah apa nak jadi akhir zaman ni , bayi tak berdosa dibuang dalam parit , kejam sungguh , tak da perikemanusiaan langsung . Kalau tak nak bayi tu serah je kepada orang yang nak , kan senang !


Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah , Kangar, Perlis .

Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.

Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan.Berita penuh di sini

Gadis berusia 17 tahun disyaki melahirkan anak tersebut , bayi tu tak berdosa , nape buat cam tu , serah je kepada orang yang nak , ramai lagi kat luar sana orang yang kahwin tak dak anak , bagi je kat diaorang . Nape buang dalam taliair , malu ? Benda dah terjadi , nak wat camna ? Bayi tu memang la anak luar nikah , tapi dia bukan minta pun dilahirkan begitu , bayi tu tak berdosa la ...
Baca Lagi

26 Oct 2012

' Selamat Hari Raya abah dan ibu '


Selamat hari raya , hari ni selepas solat raya gi jejalan beraya rumah sedara yang buat korban tolong siang daging , haha lepas Jumaat baru leh makan .

Kasi anak bini pakai baju raya , aku? Aku tak pakai baju raya pun , aku pakai baju nak buat keja , tolong potong daging ....
Baca Lagi

25 Oct 2012

Apex dan Lueniey akan kahwin tahun ni


Tahniah  la Apex , arau Khairul Fahmi , penjaga gol no 1 negara  nak kawin dah  dengan pilihan hati tak kisah la sapa pun janji bahagai dah la , hak dulu putus tunang lupakan la , tak da jodoh . Dengar kata  nak kawen Disember ni , haa lagi cepat lagi bagus .


Nur Eilunie Natasha Nazri  nama bakal isteri dia , dalam perancangan tu nak bertunang dan kahwin pada hari yang sama , bagus la tu nanti putus tunang lak kan ? Elok buat pada hari yang sama . Buat masa ni Apex sibuk dengan latihan untuk piala AFF Suzuki la , jangan kacau dia , apa pun tahniah buat Apex , semoga berkekalan sampai akhir hayat . Betita penuh di sini
Baca Lagi

Panduan Solat Aidil Adha , Selamat Hari Raya Korban



Aku tercari-cari gak panduan solat raya korban dalam Google, terjumpa gak satu blog ni , esok dah nak solat raya , lupa dah, maklumlah setahun sekali ja . Terjumpa gak satu blog ni , aku selalu gak masuk blog ni sebab nak tengok kerja kosong utk adik aku dulu ...



Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)
Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Sembahyang seorang diri
اصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ© عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَÙŠ
Sembahyang  menjadi makmum
اصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ© عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَÙŠ
Sembahyang menjadi imam 
اصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ© عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَÙŠ

Lafaz niat. "Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).
"Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).
"Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir dan doa,
(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)

Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil Adha)


Aku ambik dari sini myadha.blogspot.com
Baca Lagi

Doktor terlampau ....



Tak semua doktor perangai macam ni , segelintir ja , aku rasa doktor ni tak kawen lagi kot , sebab tu tengok pompuan bernafsu sangat , haa patutnya ada duit tu kawen lah cepat , cari yang halal lah kan , ....


“Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hsubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.Nak baca selanjutnya sini  Berita penuh sini

Doktor pun manusia biasa gak , tak lepas dari lakukan kesalahan , buat dosa , ada nafsu gak , mungkin pesakit dia ni agak seksi sikit kot, membuak nafsu dia , tapi patutnya dia fikir panjang la , kalau nak kan pompuan tu , ibu tunggal tu , gentleman la , masuk minang macam biasa la , ikut adat , haa kan selamat ...
Baca Lagi

Blog Review - SOP NAMA SAYA | SOP.NAME.MY


Ada satu blog ni , blog my friend SOP , nama sebenar dia tak tau lak aku , aku panggil Sop ja , suka baca blog dia , penuh dengan informasi , dan juga kisah peribadi dia , dia aku anggap macam sifoo lah memandangkan aku ni baru je terjun dalam dunia blog .


Nak buka bolg dia klik sini   www.sop.name.my  . Sebelum ni dia ada review blog aku ni , jadi aku review la blog dia balik . Tag line dia ' BLOG INI ADALAH MENGENAI SAYA ' wah best tu , cerita pasal Sop , family dan diari harian dia , dia juga rajin singgah ke blog aku ni , jom kita pakat terjah blog dia sambil folow dia .....
Baca Lagi

24 Oct 2012

Kes pecah ATM lagi


Aku heran betul lah , lagi-lagi aku dengar kes pecah mesin ATM , apsal tak dak ciri-ciri keselamatan ka , dalam pasaraya pulak tu , mana pengawal keselamatan ? Tak wat keja ka ? Mesti ada somthing  wrong ni , pasaraya besar mcm Giant tu bukan senang nak pecah masuk , CCTV bersepah ....



Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes memecah dan melarikan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Plentong semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, pasukan khas itu akan menyiasat sama ada kes tersebut dilakukan oleh kumpulan yang sama yang mencuri wang daripada mesin ATM di sebuah pusat beli-belah di sini bulan lepas.

"Kita akan menyiasat sama ada kedua-dua kes dilakukan oleh kumpulan yang sama. Akan tetapi pada masa ini, kita mendapati dalam kes pertama, penjenayah menggunakan mesin gerinda untuk memecahkan mesin ATM, manakala yang semalam menggunakan pemotong gas oxy-acetylene,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Berita penuh di sini

Aku pun pelik , apsal mudah sangat mereka masuk , pasaraya besar tu CCTV  ada kat 50 biji , aku gerenti punya , habis pak guard ada berapa orang , harap CCTV ja  banyak . Aku tau la yg keja guard ni banyak Abang La ( Bangla ) , takut ada pakatan ni . Aku tak kata guard yang subahat , apa pun kes ni masih dalam siasatan polis , tunggu ja .
Baca Lagi

Suami cekup isteri khalwat dalam rumah sendiri


Jarang dengar suami cekup isteri khalwat dalam rumah sendiri , tapi ni kisah benar ni , rasanya tak da rasa cinta kot , orang tua paksa kawin kot , camna leh jadi cam ni ? Tengok kisah ni ...


Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.

"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.Aku ambik dari sini

Kira sabar gak suami ni , masih bagi peluang , aku  ?  Tak tau la tak penah jadi kat aku lagi , kalau bini minta je aku terus bagi , haa penuh makna tu , jgn salah paham, yang si isteri ni pun kalau tak suka , haa minta cerai je , tak yah nak sorok lagi , kan dah kena cekup ...
Baca Lagi

23 Oct 2012

Risau gak tinggal bini lama-lama ni


Macam-macam kes sekarang ni ,pecah rumah , rompak , kalau dok dalam rumah tu , dah kunci semua pun belum tentu selamat , perompak ni boleh masuk gak , camna dia masuk tak tau ....

Seorang suri rumah dan seorang bayi baru lahir ditemui mati dalam bilik utama dan bilik air sebuah rumah teres di Taman Kekwa di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, polis mendapat maklumat yang membawa penemuan dua mayat itu kira-kira pukul 2.30 petang daripada seorang jiran mangsa yang dikatakan hairan kerana mangsa tidak keluar dari rumah dan mengambil anak-anaknya di sekolah seperti biasa.

"Jiran tersebut memaklumkan kepada polis yang kemudian pergi ke rumah berkenaan dan mendapati mayat seorang perempuan yang dikenali sebagai Shaniza Idris, 27, berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama sementara mayat seorang bayi yang baru dilahirkan pula ditemui dalam bilik air rumah tersebut,” katanya di sini hari ini.Berita penuh kat sini

Kalau nak gi outstation lama2 tu teringat gak  kat anak bini , dah sampai rumah ka , ok ka , tak dak dengan bunyi pelik ka , nak keluar rumah tu tengok dulu kot ada orang ada kat luar , kalau line clear tu , baru keluar rumah . Aku sendiri pun kalau nak keluar rumah waktu malam , siap tengok luar, intai  dulu kot-kot , keluar nanti ada org jahat tunggu kat luar , line clear baru buka kunci, kasi teropong dulu .Sebagai usaha terakhir , sebelum tidur tu , kunci semua apa yg boleh kunci , kalau ada CCTV  haa time ni pasang . Sebelum tidur baca je tiga Qul , Selawat ke atas Nabi sikit , berdoa mohon perlindungan dari Allah . InsyaAllah pencuri tak leh masuk rumah .
Baca Lagi

' Doktor Songsang ' kini kembali



Nama ja doktor , tapi pemikiran tak doktor pun , lelaki sama lelaki pun terangsang , haa yg jadi mangsa adalah budak sekolah ....

Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi itu untuk ‘menutup mulut’ mangsa.
Baca lagi sini

Umur dah 40 tapi masih bujang , duit banyak tak kan tak dak duit nak kawen kot , rupanya nafsunya songsang , tak minat pompuan , dia minat lelaki , wow , ada juga org nafsu mcm ni dalam dunia ni . Dah raba-raba kasi hadiah Smartphone lak tu , aku pon nak , kot dia lak yg tak nak raba aku ,  isskh pandai doktor ni ....
Baca Lagi

Tunai Haji dengan berjalan kaki bagi seorang lelaki Islam Bosnia





Menurut akbar Kosmo hari ni ada seorang lelaki Islam dari Bosnia buat haji dengan berjalan kaki dari Bosnia ke Mekah , ada cerita sikit kat bawah ni  ...

Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.Baca lagi sini

Allah buka jalan kat dia , permudahkan dia , nak gi haji jalan kaki , masuk melalui negara Syiria yg sedang bermandi peluru tu , tu dia dia berjalan kaki selama setahun baru sampai Mekah , ni kira boleh kurus ni tak yah diet dah ni , amacam kita leh wat ka, berjalan kaki kerana Allah  . Sangggup ka ?
Baca Lagi

Bila pemain Kelantan dapat tanah...



Rasanya berbaloi tak main bola ?  , dapat hadiah macam-macam kalau menang piala tu , duit ? Dah tentu dapat banyak , aset pun dapat , terbaru pemain Kelantan bakal dapat tanah sbb menang Piala Malaysia , .....

Seperti dijanjikan, ganjaran lot tanah tetap menanti barisan pemain The Red Warriors, setelah meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua, sekali gus mencipta treble pertama mereka pada Sabtu lalu.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Rosmadi Ismail berkata, pihaknya akan menunaikan janji tersebut bagi membalas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan pemain bola sepak negeri ini, dalam merebut kemenangan.Baca lagi sini

Kalau cam ni main bola je lah , leh dapat macam-macam , tak yah keja dah , nak wat pa keja , main bola pun kekadang tu leh jadi jutawan , duit dapat, tanah dapat , tapi jangan cedera dah le , tak leh nak wat pa dah kalau cedera , dok bangku simpanan je la . Haha Chong Wei , hayun raket ja dah jadi jutawan , kita camna ?
Baca Lagi

22 Oct 2012

Tarikh kahwin Chong Wei dan Mei Choo di cepatkan



Bagus tu kasi cepat lagi bagus , tak leh kawan lama-lama tak elok , haa kasi kahwin kasi cepat dapat anak , lu umur dah 30  jangan tunggu lagi , haa nanti tua nanti anak baru  nak gi tadika , tu pun kalau ada anak ....



Menurut akhbar Sinar , kata abang Chong Wei ....

"Jika mengikut perancangan awal, majlis sepatutnya diadakan tahun hadapan.Bagaimanapun berikutan kematian nenek Mew Choo baru-baru ini, mengikut kepercayaan masyarakat Cina mereka dikehendaki berkahwin dalam masa 100 hari selepas kematian tersebut atau terpaksa menunggu tiga tahun lagi,"
Baca lagi sini

Chong Wei kenduri dapat penaja woo , mesti panggil Agong punya , PM Najib mesti panggil punya , Menteri Sukan mesti panggil  punya , lu sendiri pun tau kan , orang Islam mesti makan Halal punya wooo , mau pesan awal-awal woo ..Gurau ja Chong Wei , apa pun selamat berkahwin , tahniah menang Terbuka Denmark  !!
Baca Lagi

Bila undang-undang boleh dibeli dengan duit ....


Bila duit diutamakan , undang-undang ditolak ke tepi , gini lah jadinya ........



Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas. Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa. “Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa. “Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya. Kebanyakan tonto berkerja mengikut syif siang dan malam dengan menunggu di luar pejabat JPJ dan akan mengekori serapat 0.3 meter dari kenderaan penguatkuasa yang keluar melakukan operasi. Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Aku petik dari sini

Kat Malaysia ni  ginilah jadinya , duit punya pasal , undang-undang di ketepikan , ' gangster' nampaknya lebih hebat dari undang2 . Ini semua pengaruh siapa ? Ye la bagi aku  pengaruh Filem la , filem la ni semua ada unsur keganasan ,  budak2 kecik tengok filem dah boleh jadi gangster , baru2 ni  budak sekolah ugut bunuh rakan , pengaruh filem la tu , tak cukup filem tempatan , filem Barat kat TV pun ada .  Tonto2 ni ada yang muda , budak tak dak keje kena buang sekolah je , itu pasal kurang ajar sangat ....
Baca Lagi

Konsert Malaysia Rock Festival 2012


Konsert Rock Festival 2012 ,20 Oktober di Ekuisterian Bukit Kiara , kumpulan rock terlibat Wings , Lefthanded , May,  Rusty Blade , XPDC , terbaik bro , lagu nostalgia semua dinyanyikan , tiket sampai RM100 , aku pun minat ni , tapi sekarang ni tak lah sampai nak gi konsert , setakat dengar lagu je . Hisssh  ada yang tak solat maghrib ni .

Kalau nak wat konsert rock pun , buat lah lepas solat  Maghrib , yang pi tengok semua dah berumur tu , siap bawa anak tu , tunjuk contoh teladan , bagus ke gitu  ? Dibuatnya Allah ambik nyawa kita tengah tengok konsert tu tak sempat bertaubat ? Fikir ....Aku ambik dari sini
Baca Lagi

21 Oct 2012

Berita Baik, Harga sekotak rokok naik 20 sen jadinya RM 10.20 !!


Tadi aku tengok berita TV3 , berita baik untuk para perokok , harga sekotak rokok naik 20 sen , jadi RM 10.20 , berkuatkuasa  esok 21 Oktober 2012 . Eleh , naik lah banyak mana pun , sekotak RM50 pun perokok tegar mesti beli punya . Susah nak berhenti merokok ni . Aku pun dah berhenti dah , sekarang ni hisap benda lain lak .

Kalau nak bagi orang semua henti merokok ni mudah je , tutup je kilang tembakau , haramkan tanam tembakau , jangan ekspot rokok dari negara luar  , haa setel problem kan ? Aku kata berita baik harga  rokok naik adalah , untuk bagi motivasi untuk perokok berhenti rokok , amacam best tak  ?


Baca Lagi

Tahniah Zulfahmi , podium pertama rakyat Malaysia dalam Moto 3 di Sepang


Tahniah Zulfahmi , podium pertama bagi Malaysia dalam kategori Moto 3 di litar Sepang  hari ni . Sempena harijadi dia ke 21 , podium pertama sebagai hadiah . Sikit lagi nak menang , dia kena pintas di selekoh terakhir , haaaa kesilapan lewat ni . Jumpa lagi di Phillip Island , Australia . Tahniah !
Baca Lagi

Tak leh nak update blog dah


Tengok tu dah mula sibuk , cam ni tak leh nak update blog dah...... Aku kena tackel dia kasi dia main mainan yang baru beli tu , baru dia ralit main tu , haaa leh update blog , kalau tak tangan tu asyik nak menekan ja . Nanti sat aku nak babab tangan kecik ni . Sebelum ni aku suruh gini ' tangan letak bawah no '  dia letak . Tapi , sekarang dah tak leh dah , dah mula nak menekan , jangan shutdown terus dah ......mana mainan dia tak tau .....
Baca Lagi

Jom jogging kasi peluh sikit


Jogging sat , kasi hilang sakit kepala , kasi peluh sikit , pergh ...2 hari duduk dalam ' gua ' ,sama macam anak-anak aku , cuti 3 hari , 2 hari berlalu dok dalam rumah ja , pagi ni keluar sikit , jogging 2 km , hahh percaya tak ? tak caya mai tengok , pakai track sut , jom jogging sekali , semua tido ,aku sorang jaga awal hari ni , ssyyyyy ... lepas jogging nak sit up ngan pumping lak , pas ni nak gi kena nasi ganja haaa ,....depa tidor lagi .....start motor pelan-pelan syyyyy...
Baca Lagi

Ambik angin jap ...



Perggh sakit kepala wooooo, ambik angin sat no.....2 hari woo tak leluar rumah . Cam dok dalam ' gua ' ja , dok melangut komputer ngan TV ja , sakit nyut-nyut kepala woooo. Bawa anak-anak aku gi taman permainan dekat tu gi tengok orang main , ambik angin luar sikit , kasi rangsang minda mereka sat ,  asyik bergusti dengan anak-anak dalam rumah ja , pagi esok ingat nak jogging , leh bangun awal ka ? Hahh tidor awal malam ni  , tu pun kalau dia orang tidoq awal , harap gitulah , lepas gi taman , gi ronda tengok rumah orang lak ......vroooom !!
Baca Lagi

Hasil kajian , Surirumah banyak kena HIV ..


Ramai suami yang ' makan luar ' , terutama di utara Malaysia ni , dekat sempadan  Siam ni , akibat nakkan  'ayam muda'  atau ' pucuk muda ', tak endah dosa pahala , ikut nafsu semata-mata ,  balik rumah bawa HIV .  Haaa jaga-jaga .

Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar ‘makan luar’.Aku petik dari sini

Sumber gambar dari Hmetro
Isteri pun kena  pantau kegiatan suami kat luar tu ,  ' issshk tak kan suami aku nak wat cam tu kot  ' , aku tak kata semua , cuma segelintir je yang tak dak iman di hati tu . 
Baca Lagi

Lelaki ada 11 isteri , camna dia buat ?


Lelaki ada 11 isteri , camna dia buat ? Imej dia macam  ' ustaz '  , memalsukan dokumen , di samping pandai guna ' ayat power ' untuk memikat wanita untuk meraih simpati , fuuuh macam-macam ragam manusia  akhir zaman sekarang ni .

Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.  Aku petik dari sini


Lelaki yang sama gak  yang sebelum ni selalu ke masjid , menipu dengan mengadakan ceramah agama , tipu bakal jemaah umrah , dah tentu sapu duit bakal jemaah umrah tu kot. Sekarang ni temberang dia dah pecah , dia menipu wanita pula ,ajak kahwin . Ada wanita yang dia kahwin sehari je lepas tu dia tinggal , dia pandai palsukan dokumen pulak tu . Pejabat agama lak satu hal , tak dapat nak kesan langsung .

Baru ni kat Kangar , kat satu masjid , ada gak lelaki macam ni ,sekali tengok macam ' ustaz' ,  tipu jemaah masjid , siap pukau lagi  dalam masjid tu ,  ajak sorang jemaah tu gi bank , suruh transfer duit kat dia , kerugian mencecah RM70,000 , perggh  duit pencen tu . Lepas tu dia lesap , tak datang masjid dah , siap pindah negeri lain lak .Dia asyik pindah rumah je .  Isskh , ada gak orang macam ni , dunia dia selamat , akhirat ?
Baca Lagi

20 Oct 2012

Selera makan makin tinggi ni ..


Kelmarin ngan hari ni , jaga anak kat rumah , 2 hari aku tak keluar rumah , selera makan aku makin tinggi , semalam nasi goreng daging ( extra nasi ) licin aku sebat, tengahari tadi , 2 pinggan nasi habis aku rembat , tengah update blog petang ni , kuih raya pula aku tibai .


Fuuuuh , patut la kebanyakan para isteri yang jaga anak kat rumah kuat selera makan .Err tapi bukan semua ya .. Aku baru 2 hari kat rumah dah nampak makanan semua membuka selera aku , tu belum makan luar lagi , yang aku order mesti ada extra ' kasi tambah ye ' ,selalunya nasi tambah . Skipping ? Dah 3 hari dah aku tak buat , demam selsema hari tu  dan 2 hari ni kena jaga anak pula . Err petang ni ingat nak rembat kek pula  lah dalam peti ais tuh !! Haaa malam ni pula nasi goreng daging dan burger ayam ....patutla .....



Baca Lagi

Kelantan is my feveret , tapi aku pilih ....



Aku pilih ATM  menang Piala Malaysia malam ni . Atm mantap di semua posisi tak dak pemain kena kad kuning , dan injured , semua ok , gempur habis-habisan , taktik menyerang lah ATM malam ni , jangan bawa kereta kebal dah le .  Kelantan memang feveret aku semenjak dari dulu lagi , tapi ada dua tonggak mereka Qhaddar dan Norfarhan  tak leh main , sbb kad kuning , nak harap Mat Yo  sorang , tak leh le  , semi-final hari tu manjang hilang bola , asyik nak kelecek je, dia dapat try 2 kali je . Jadi ,malam ni pastikan melekat kat depan TV , 8.45 malam , pastikan Solat Isyak dulu ye ....
Baca Lagi

Nasib nurse kolej swasta terbela , diserap masuk Hospital Kerajaan



Dari Berita Harian hari ni , jururawat kolej swasta dah tak perlu risau lagi dah , dah boleh serap masuk kerajaan tak lama lagi bermula hujung tahun ni . Haaa adik beradik aku yg mana ada Diploma Nurse dari kolej swasta , tunggu je panggilan masuk hospital kerajaan . Setel isu jururawat tak dak keje . Dulu heboh sangat pasal jururawat tak dak keje . Tak yah pikir la , belajar kasi habis dulu , keje no 2 , kalau nak pikir keluar tak dak keje , dah tentu terganggu balajar .

Seramai 1,681 daripada 8,000 jururawat lulusan kolej swasta yang menganggur akan diserapkan di sebanyak 130 hospital kerajaan bermula akhir tahun ini. Pengambilan akan diteruskan sehingga 6,724 jururawat diserap ke hospital kerajaan menjelang 2015 dan bakinya dicadang mengikuti skim penempatan singkat atau skim latihan 1Malaysia (SL1M) bagi membolehkan mereka bekerja dengan hospital swasta, termasuk di luar negara.“Ini bermakna separuh daripada keperluan jururawat negara akan diisi jururawat lepasan kolej swasta. " Aku ambik dari sini

Ramai gak yang belajar kursus nurse ni kat kolej swasta , ramai gak terus keje hospital swasta , kalau dah keje hospital swasta gaji dah lebat , nak masuk hospital kerajaan lak ? , komfim gaji kureng sikit , tapi kerajaan lebih stabil , swasta mmg banyak duit , tapi anytime boleh tutup atau kena jual . Pikir sendiri .....
Baca Lagi

Rantai anak ketika bekerja , kat sini belum ada lagi tapi kat China..


Pagi tadi aku terbaca dalam Metro Online pasal ibu bapa bawa anak ketika pergi bekerja , rantai anak-anak tu kat tempat keje supaya tak gi jauh-jauh . Tujuan mereka tu supaya anak berkeliaran jauh-jauh dan supaya orang tak culik . Niat mereka baik , tapi mungkin disalah tafsir oleh masyarakat dunia . Tengok gambar bawah ni , budak umur 3 dan 4 tahun dirantai supaya tak main jauh .  




Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian. “Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka. Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.Aku ambik dari sini

Tengok gambar atas ni , kesian , bapa dia tengah mengutip sampah , guna basikal , anak dia dirantai pada kenderaan tu supaya tak main jauh-jauh ketika bapa dia dok kutip sampah . Budak dalam gambar atas ni sebenarnya ada penyakit sawan , dia dirantai supaya tak bertindak ganas , fuuh macam-macam ada kat negeri China ni , ye la penduduk ramai . Kat Malaysia aku tak penah dengar lagi kes macam ni ...
Baca Lagi

Mr Mama untuk hari ni dan esok ..orait !!


Dah kena booked hari ni dan esok jadi Mr Mama , jaga anak 2 orang kat rumah , barulah rasa penatnya main dengan budak-budak . Dulu aku hairan juga tengok dalam drama  TV  kenapa bila suami balik rumah , mood isteri tak penah baik bila ada budak-budak . Sekarang bila aku sendiri kena jaga anak-anak , baru aku faham susah nak jaga budak-budak ni ,  mereka perlukan perhatian sepenuhnya , kalau tidak mereka akan buat ikut suka hati je . Kadang2 nak cakap sesuatu kat wife pun , kena bagi budak-budak gi jauh sikit , fuuuh baru boleh bincang sikit ngan dia . Nak cakap telefon dengan kengkawan pun kena suruh bebudak ni gi jauh-jauh , perggh   ...

Bermula petang tadi , mengadap budak-budak ni la aku ,mereka pun satu hal gak , kalau time bermain selalu gaduh , tapi kalau bab makan , tak gaduh pulak , boleh duduk makan sama-sama, macam gambar bawah ni,  kol 3 kasi Huda tidor , sampai kol 6 , hajat aku nak tido sekali , tapi tak lelap pulak , last sekali layan internet . Kol 6 , kejut Huda bangun , kasi mandi Huda dan Jannah , lepas tu aku pula mandi , wife balik hantar nasi , makan nasi , lepas tu kol 11 , semua dah mula buat perangai , masing-masing dah ngantuk . Kol 12 kasi semua lena , aku ? Tak lena lagi , cari bahan nak update blog  he he ....


Baca Lagi

19 Oct 2012

Blog trafik tinggi tapi cerita pasal orang ..


Ada satu blog tu trafik tinggi , tapi cerita pasal orang , pasal aib orang , malu orang , ok tak ? , VS blog cerita pasal tuan belog , dan pendapat tuan belog , mana satu pilihan kita ?, dulu memang belog ni banyak cerita pasal orang , tapi takla pasal aib orang , aku cerita pasal  artis berita artis , bukan aib dia . Tapi sekarang ni semenjak aku guna domain Dot Com ni  aku banyak menulis pasal kehidupan aku la , rasa rugi lak , domain aku yang bayar , tapi cerita pasal orang lain , nak wat pe , biarlah trafik blog ni rendah pun , asalkan pelawat datang sini suka baca tulisan aku , yang suka bacalah , yang tak suka pergi la blog yang cerita pasal artis ka sukan ka , nak tengok gambar tak senonoh dan tak tutup aurat , haa pergi blog lain ,  belog ni gambar semua tutup aurat , aku takut pendapatan yang aku dapat dari blog ni tak da keberkatan .Macam kartun di bawah ni , luahkan apa yang terbuka di hati tu ke dalam blog anda....



Tapi kalau nak main dengan SEO dah tentu kena buat entri pasal gossip-gossip , cerita panas , cerita pasal artis tu artis ni , dan macam-macam lagi . Tentu banyak trafik masuk, tapi nak wat apa , artis tu dapat untung kita tolong promote dia ....pada aku , biarlah trafik aku sikit , asalkan pembaca puas hati baca tulisan aku dalam blog ni ....

Baca Lagi

Banglo runtuh , pemilik renovate tanpa kelulusan



Dah masuk akhbar pasal bubung banglo seberat 4 tan runtuh semasa sedang renovate , habis kantoi , rupanya belum dapat kelulusan . Dah tentu kena tindakan denda lepas ni ..

Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian, Khamis sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kalau nak revonate tunggu dulu , mohon dulu dengan Pihak Majlis Tempatan , buat plan baru , lulus plan , dapat kelulusan baru renovate , ini tidak , dapat kunci rumah terus renovate . Dah popular satu Malaysia baru padan muka .

"Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000."

Haaa , harga banglo tu dalam 1.2 juta , ok fine , kalau masuk mahkamah , jatuh hukum , kena denda 250,000 , kos nak repaire benda yang rosak tu pula 500,000 , tak ke gila tu , tak pe la mereka geng Datuk , banyak duit . Tak pepasal je kena kaeluar duit lebih , nak renovate punya pasal ....Baca lagi di sini
Baca Lagi

Inilah Google punya pusat data




Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet. Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang. Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu http://www.google.com/about/datacenters/gallery/#/tech/1 .  Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium. Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile.Aku ambik dari sini

Aku dengar berita tak rasmi , beberapa tahun lepas Google nak buka satu data center di area Sepang , tah dah buka ke belom . Besarnye pusat data Google atas tu diambil di San Francisco , dah tentu sejuk , ada peraliran udara .  Programmer dia dah tentu ramai , semua hebat-hebat , server dia huhhh , ada beratus-ratus , malah ribuan server . Teringin juga melangkah masuk ke Pusat Data Google ni , kalau dia buat OPEN DAY boleh gi le , macam kat tempat keje aku dua hari lepas  hi hi ....
Baca Lagi

Tidur lepas solat subuh ni tak bagus , kenapa ye ?


Ngantuk ni lepas solat subuh tadi , gi update blog , sekarang ni ngantuk gila , hasil dari carian aku dalam internet pasal tidur lepas solat subuh ni , hasilnya  baca kat bawah ni  ..




“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

Dialog atas tu adalah antara yang selalu mak kita dok berleter ....

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.Aku ambik dari sini

Makruh tidur lepas subuh ni , tapi tak dilarang sama sekali , kalau sampai menjejaskan kesihatan sebab tak tahan mengantuk , kena tidur gak .

Tabiat Pemalas Solat Subuh Yang Perlu Aku Ubah 
Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Bagi pembaca yang hari-hari tak tinggal without fail solat subuh , aku tabik hormat kat korang , macam aku ni ada gak tertinggal , tapi bersebab, bukan saja-saja nak tinggal , tapi aku qada balik , ganti balik mana tertinggal , tak lupa tu .

Fuuuh tak leh jadi macam ni kena ubah ni , semua 5 perkara  kat atas tu ada kat aku , tapi yang paling banyak tu adalah............. , malau nak cakap sini  he he ........
Baca Lagi