Cair dengan pujukan ‘Dr Michael Clinton’ kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.
Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jangan cepat percayakan orang
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.
Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.
Bagi aku cara paling selamat adalah simpan duit di tempat yang kena guna buku untuk buat simpanan dan withdraw , susah orang nak curi kan ? -metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
hakap, tamak, percaya sangat drngan western, banggalah tu dapat boyfriend orang westen,ingat nak tayang kat orang kg. dapat future husband western man, tapibagaimana pon western jugak walau pun legamm dah kena baru menyesal tak sudah. akhirnya cari jugak org kita nak cover muka. janji kawin jugak................padan muka
Post a Comment