Memang dah jadi tradisi setiap tahun bagi keluarga aku akan membuat barbeque pada malam raya pertama. Adik beradik akan kongsi beli barang-barang seperti ayam dan daging , aku sendiri sumbang 2 ekor ayam dan sekilo daging untuk barbeque malam tu .
Proses memotong dan memerap daging dan ayam aku serahkan kepada kakak aku dan anak-anak dia , mereka ada resepi sendiri sejak turun-temurun dari arwah abang ipar aku. Lagipun anak-anak dia rajin-rajin belaka. Dan seperti biasa aku akan menghantar daging dan ayam pada malam sebelum raya untuk mereka proses.
Dan seperti biasa malam besok selepas makan barbeque banyak aku akan sakit kepala bermakna kolesterol dak menggelegak dalam badan aku , mungkin juga sebab lain , yang aku pasti , aku tak boleh makan daging banyak sangat , badan aku cepat panas ,mungkin darah tinggi kot !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment