Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 Aug 2012

Cikgu tak ada hati perut tampar pelajar sekolah sampai pecah telinga !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Bahagian belakang telinga pelajar Muhammad Bazly terkoyak akibat ditarik dan ditampar guru Bahasa Inggeris dalam satu kejadian di sekolah berasrama di Trengganu
Hari ni  aku terbaca akhbar Sinar , Cikgu tak ada hati perut tampar pelajar sekolah sampai pecah telinga !! tu dia sampai pecah , berdarah , pecah gegendang telinga , boleh pekak budak tu kalau tak dapat rawatan segera , kalau setakat nak sapu minyak angin nak wat ape , kena jumpa doktor juga , kejadian ini berlaku di Trengganu, ekkk Trengganu lagi , apsal Trengganu ni banyak sangat kes pelik, pelik , cikgu bahasa inggeris tu pun dah  'naik minyak'  penampar budak tu sampai pecah telinga, patutnya cikgu ni patut bersabar, sebagai guru kena tunjuk contoh terbaik kepada pelajar itu  ,bukannya bagi penampar ,ikuti dulu kisah kat bawah ni .....fuuuuh ...

DUNGUN - Gara-gara mengejek guru, seorang pelajar tingkatan satu pecah gegendang telinga selain turut cedera akibat ditampar beberapa kali oleh guru berkenaan.
Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit, Muhammad Bazly Burhan, 13, sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun.
Menceritakan kejadian berkenaan, Bazly berkata, detik hitam itu dipercayai berpunca akibat dia mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu 'naik minyak' sebelum memanggilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi pelajar tingkatan satu itu.
Katanya, ketika ditampar guru berkenaan, dia tidak melawan, malah meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati guru tersebut.
Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan beberapa rakannya yang juga mengikuti peperiksaan selain beberapa rakan lain yang berada di luar kelas.
“Ketika dia menampar pipi, sambil menahan kesakitan, saya beberapa kali memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu namun dia terus menampar pipi saya.
“Telinga saya kemudiannya terasa sakit sebelum darah keluar, apabila melihat darah keluar, baru dia berhenti menampar saya,” kata Bazly yang juga bekas murid Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kemaman.
Menurut Bazly, selepas kejadian itu dia balik ke asramanya lalu menyapu ubat minyak gamat di tempat lukanya itu.
Bazly berkata, kejadian itu tidak diberitahu kepada ibu bapanya sehinggalah ibunya mendapat tahu daripada ibu kepada rakannya yang turut bersekolah di situ mengenai kejadian menimpa anak ketiga daripada tujuh beradik itu, yang pernah mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.
Sebaik mendapat tahu kejadian tersebut, bapa Bazly, Burhan Abdullah, 46, datang mengambilnya di asrama lalu menghantar anaknya itu untuk mendapat rawatan awal di sebuah klinik swasta dekat Paka.
Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula kesnya ke Hospital Dungun.
berita penuh


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment