Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Aug 2012

Mat Bangla buka kedai di ' Mini Dhaka ' di Penang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai  ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara  dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , ikuti petikan dari Kosmo ni :
Siapa sangka, di sebalik kehebatan Pulau Pinang dengan pelbagai mercu tanda menarik, rupa-rupanya tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah pusat bandar raya ini sehingga dikenali sebagai ‘Mini Dhaka’.
Jika sebelum ini deretan kedai lama di Jalan Gurdwara di sini menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.
Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan warga Bangladesh.
Setiap hari, beberapa kedai di situ yang diuruskan oleh warga Bangladesh tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara termasuk bersantai di kaki lima sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas bekerja.-Kosmo

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Bertuah dan murahnya hati kerajaan Malaysia pada orang asing.

Firzanna Ahari said...

Sepatutmya kita rebut peluang ini, kita tauke/pekedai mereka pembeli sebab ramai.Kawan saya (Melayu) dah buktikan, kini dia usahawan berjaya dibidang tersebut di Selangor.Ribuan ringgit sehari hasil jualan makanan asas Banggla jer. InsyAllah ramai lagi bakal usahawan Melayu Selangor akan menyusul, diharap anda di negeri2 lain rebut peluang ini.Pasaran dan sasaran sedia ada, jangan dok tengok dia tauke dialah pengguna. Ubah minda kita tauke dia pengguna.Boleh jerrrrrrr. kita buat kita dapat, yang penting jujur.InsyaAllah.......

zack mus said...

boleh laku ka , jual makanan asas Bangla , tapi kena buka di kawasan ramai Bangla kan ?

Post a Comment