Bulan yang penuh rahmat ni sedikit tercemar dengan kewujudan beberapa rumah urut yang beroperasi di kawasan tertentu di Klang , pekerja rumah urut ni adalah pelacur , urut sambil melacur , dah kena cekup , ikuti kisah ni ...............
Nafsu asmara dua lelaki yang sedang dilayan tiga wanita dipercayai pelacur warga Thailand dan Myanmar tergendala apabila premis rumah urut di Bandar Botanik, di sini, itu diserbu Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini.
Dalam serbuan jam 10 malam itu, pemilik premis yang beroperasi secara haram itu melarikan diri sebaik ia diserbu.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya melakukan operasi hasil risikan dan maklumat orang ramai serta pemantauan berterusan terhadap premis rumah urut dalam pentadbiran MPK.
“Dalam operasi berkenaan, kami menyita peralatan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan seperti tilam, bantal dan langsir dan tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.
“Operasi seperti ini diteruskan bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang majlis terutama berkaitan premis rumah urut,” katanya.
sumber Gambar hiasan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment