Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Aug 2012

5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit Semasa Pulang Hari Raya


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Mungkin 5 tips ini dapat membantu  anda menghadapi situasi tayar pancit , jangan panik jika tayar pancit , perhatikan sekeliling , takut ada penyamun yang sengaja pancitkan tayar kereta anda , 5 tips ini mungkin berguna :

1. Jangan terus berhenti , sebaliknya perlahankan kereta ,bergerak ke tepi perlahan-lahan, perhatikan dalam cermin sisi , kalau ada penyamun atau perompak cuba ketuk cermin kereta , atau ada orang cuba memberitahu sesuatu , jangan buka tingkap atau pintu .

2. Hentikan kereta di tempat yang ramai orang seperti di depan pasaraya , depan balai polis, depan 7-eleven dan sebagainya . Kalau atas lebuhraya tu , kalau dekat dengan RNR ,berhentilah di situ .Perhatikan 2-3 minit orang yang lalu-lalang , pastikan dompet , handphone , laptop ,disembunyikan di tempat selamat.

3. Turun dari kereta , perhatikan dari jauh saja, jangan membongkok sebab takut ada orang datang dari belakang.

4. Hubungi kedai tayar , atau PLUS Hotline 1800-88-0000, lepas tu masuk tunggu dalam kereta , jangan tunggu di luar , bahaya.

5.Kalau tak dapat kedai tayar atau PLUS Hotline 1800-88-0000 , hubungi teman atau rakan terdekat , letak kereta di tempat yang selamat . Ikut kawan pergi tempat yang selamat dulu, esok datang semula.

Saya harap maklumat ini dapat membantu apabila anda menghadapi situasi begini , yang penting jangan panik  , sebelum memulakan perjalanan simpan nombor telefon penting seperti polis atau  PLUS Hotline 1800-88-0000  . Siapkan peralatan membuka tayar seperti jet kereta dan spana , periksa tayar dan pastikan tekanan angin adalah sasuai , baru mulakan perjalanan. Harap info ringkas ini membantu .

sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Post a Comment