Macam-macam kita dengan pasal dunia artis ni , terbaru , penyanyi kesayangan ramai, Hafiz, disaman pengurus pentas , Apa ? Puncanya ? Saya rasa , kes Hafiz cederakan Nur Haniza tulah .....tahun lepas , tengok keratan kat bawah ni , double klik untuk besarkan ,
Sekadar berkongsi cerita,
“Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja,” kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.
Nur Haniza memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.
Dia sebagai plaintif menamakan Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan.
Berdasarkan writ saman itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am iaitu RM100,000 kecederaan dan kesakitan, ganti rugi kehilangan RM50,000, ganti rugi teruk RM50,000, ganti rugi khas RM194, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pentas mengenali defendan menerusi kenalannya ketika menjalankan kerja berkaitan rancangan di bawah kelolaan Astro Holding Sdn Bhd.
sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment