Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

28 Sept 2012

Mahu tambah isteri ? Baca ini dulu ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kepada yang berhajat, cerita ini mungkin boleh jadi iktibar. Petikan dari kolumnis akhbar Sinar Harian ni best juga baca ....




Saya bukan penentang poligami. Jangan salah anggap. Kepada yang layak, saya malah mengalu-alukan. Saya cuma mendokong pegangan bahawa untuk berpoligami, syaratnya  sangat ketat.

Justeru, kalau benar berhajat, jangan fikir singkat. Kesanggupan untuk berpoligami perlu bersama kesediaan untuk menambah tanggungjawab. Poligami bukan semata-mata untuk berseronok atau memenuhi syahwat yang tiada had.


Kerana itu, sebelum buat keputusan, kena fikir masak-masak. Ambil keputusan yang tidak masak, bimbang nanti kepala sendiri yang semak. Yang sesak akan bertambah sesak.

Jika kail panjang sejengkal, jangan duga lautan dalam. Kalau tidak sanggup atau tidak ada kemampuan yang cukup, terimalah kenyataan “bahawa aku  tidak layak berpoligami!”

Seperti sudah jadi kitaran hidup, lelaki biasanya akan terfikir mengenai poligami apabila usia mencecah 40.


Kononnya umur  40 sesuai untuk  tambah ‘cawangan’. Dan untuk itu, pengurus cawangan yang baharu semestinya seorang yang mampu membawa idea-idea  kontemporari, bawa semangat baru kepada suami.


Untuk itu, calonnya mestilah muda berbanding pengurus cawangan induk yang sedia ada,. Malah ada kemungkinan jika pengurus yang baharu itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dia berpeluang cerah untuk mendominasi keseluruhan syarikat dengan tuan punya

syarikat sekali. Ini berkemungkinan besar akan berlaku dan memang sudah banyak berlaku!

Namun, untuk menguruskan banyak cawangan, bukannya mudah. Tuan punya syarikat jangan fikir, apabila usia meningkat, ini masa untuk berehat.

Apabila sudah ada tanggungjawab, mahu tidak mahu, penat tidak penat, tenaga perlu diperah. Kalau pun pengurus cawangan induk juga mahu berehat, kederat untuk cawangan yang baharu masih perlu dikerah. Kena pula yang jenis banyak kerenah!


Itulah yang dikata orang, walau berjalan dipapah, tongkat jangan patah!

Seorang kawan saya, Azmin yang berniaga ubat kuat untuk lelaki di Shah Alam menceritakan mengenai seorang lelaki berusia hampir 80 tahun dari Kedah, yang datang ke KL dengan bas semata-mata untuk beli ubat kuat.

“Pakcik itu telefon minta saya tunggu dia di stesen Jalan Duta. Selepas dapat ubat, dia naik bas balik ke Kedah. Katanya, dia tak pandai nak beli secara online lagi pun bimbang ubat tidak dihantar selepas dia bayar duit.


“Dia terpaksa buat begitu sebab ada isteri muda. Katanya bukan senang nak maintain isteri muda,” cerita Azmin.


Nah! Siapa kata lelaki tidak sanggup berkorban untuk isteri?


Namun, satu lagi kisah, saya percaya boleh jadi pengajaran yang sangat berguna bagi sesiapa yang berhajat mahu beristeri muda.


Kita sering dimomok dengan soalan sama ada masih sanggup berjaga malam, tukar lampin, bangun buat susu jika ditakdir beranak kecil dalam usia yang sepatutnya sudah boleh bersenang lenang, tidur nyenyak waktu malam. Bagaimana pula dengan cerita ini, seperti yang diceritakan kawan saya, Isa Teksi?


Kata Isa, dia kenal seorang warga emas yang setiap hari tunggu anaknya balik sekolah.


Katanya, pakcik itu dulu menunggu di kantin tetapi kebelakangan ini, dia  tunggu di tepi jalan, di luar kawasan sekolah.


“Apabila aku ajak masuk dalam teksi, dia menolak. Katanya, takut anak dia tak nampak,” cerita Isa.


Pada mulanya, kata Isa lagi, dia sangka dirinya yang tersalah dengar apabila warga emas itu menyebut ‘anak’.


“Aku tanya dia pasal apa tak tunggu di kantin macam dulu. Jaga larang masuk ka? Kata dia, bukan jaga, tapi anak dia yang tak bagi. masuk.”


Kata pakcik itu kepada Isa, ini  bermula apabila suatu hari, anaknya balik dalam keadaan marah-marah.


“Apabila ditanya ayahnya pasal apa dia marah, budak tahun dua itu kata, kawan-kawannya ejek dan gelakkan dia kerana ‘atuk’nya tidak bergigi. Bila dia terangkan kepada kawan-kawan dia, itu ayah, bukan atuknya, lagilah mereka gelakkan dia.


“Mereka malah tanya, mengapa ayah dia macam atuk?"


Sejak kejadian itu, anak warga emas itu melarang ayahnya menunggu di kantin sekolah kerana malu dan tidak mahu diejek rakan-rakannya.


Bayangkan, apa yang dirasa jika kita sendiri berada di tempat pakcik itu. Kecil hati? Sudah tentu.


Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Ini kenyataan yang perlu dihadapi jika kita, yang berusia semakin lanjut ini bercadang hendak berbini baharu dan beranak kecil.


Namun anak bukanlah beban tetapi rezeki  dan anugerah ALLAH yang perlu disyukuri biar berapa pun usia kita.


Cuma kepada sesiapa yang berhajat, buatlah persediaan.



Amacam ! Dah sedia ?. Semoga hidup anda lebih bahagia, dunia dan akhirat! sumber
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

OKje memang setuju sesangat artikel ni... semoga mana-mana lelaki dapat pikir semasak-masaknya samapai hancur ...he...he... memang ada kebenarannya!!

Gilakah Aku!!? said...

betul3.. fikir2.. la dulu..

Post a Comment