Seorang doktor pakar mengalami detik cemas apabila bukan sahaja kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina miliknya lesap malah, dia cedera di beberapa anggota badan akibat disamun di Kampung Demit di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika Dr. Ida Zarina Zaini, 38, yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berada dalam kenderaan tersebut di depan rumah sementara menunggu tiga anaknya masuk untuk dihantar ke sekolah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ida Zarina memberitahu, tanpa disangka, seorang lelaki berwajah bengis tiba-tiba membuka pintu pemandu menyebabkan dia tersentak dan menjerit.
“Saya kemudian tergesa-gesa ke kerusi penumpang depan sebelum suspek terus mengundurkan kenderaan dengan laju. Tanpa berfikir panjang, saya terus membuka pintu dan terjun sebelum tercampak menyebabkan saya cedera di kepala, lengan dan kaki.
“Suspek kemudian terus memecut kereta,” ceritanya ketika ditemui di HUSM di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan melakukan Ops Tutup sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.
“Kita sedang mengesan penjenayah berusia lingkungan 30-an tersebut berdasarkan beberapa maklumat yang kita peroleh daripada saksi kejadian.
“Suspek dipercayai datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira hitam bersama seorang rakan sejenayahnya,” katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Ekoran kejadian itu, mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM80,000 dan tiada barangan berharga lain berada di dalam kenderaan tersebut.
Peringatan - kalau nak panaskan enjin kereta , atau nak tunggu anak masuk ke dalam kereta , pastikan pagar masih berkunci , jangan panaskan enjin dalam keadaan pagar tidak berkunci dan kunci rumah jangan ditinggal diluar rumah nanti terlupa atau tak sempat nak ambil kalau kecemasan, kalau penyamun datang sempat masuk ke dalam rumah dan tekan selak , kalau kunci tertinggal dil luar , masalah tu , penyamun boleh masuk . Kes atas berlaku sebab , aku rasa dia harapkan anak yang kuncikan pagar , dia pula tunggu dalam kereta , patutnya semua anak masuk ke dalam kereta dulu , lepas tu baru kunci pagar guna remote (orang kaya mesti ada pagar remote kan ! ). Satu lagi peringatan , masuk kereta terus kunci dari dalam .......baru rasa selamat .
kereta wanita ini dicuri ketika menunggu anak untuk dihantar ke sekolah |
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment