Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Sept 2012

“Tolong berikan segelas air dan kerat gari ini dengan gergaji besi,”


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


“Tolong berikan segelas air dan kerat gari ini dengan gergaji besi,” itu permintaan seorang banduan ketika meminta bantuan seorang lelaki di Taman Datuk Rashid, di sini, selepas memboloskan diri pada 18 September lalu sebaik menendang kerusi pemandu kereta polis dinaikinya sekuat hati mengakibatkan Proton Waja dinaiki tiga anggota itu terbabas ke kiri sebelum melanggar sebuah lori rosak di tepi jalan.

Lukman Hakim Mohd Ismail, 21, berkata, dia yang , tidur bersama isteri terkejut selepas terdengar bunyi pintu belakang diketuk beberapa kali sebelum bangun, jam 10 malam.


Menurutnya, sebaik pintu dibuka, dia terkejut melihat lelaki yang berdiri di depannya adalah banduan yang memboloskan diri daripada tiga anggota polis sebelum memintanya memberikan segelas air kerana terlalu haus.

Bagaimanapun, katanya, berikutan simpati, dia menghulurkan segelas minuman kepada banduan berkenaan sebelum lelaki itu minum.


“Selepas menghabiskan minuman itu, banduan berkenaan bertanyakan kepada saya sama ada mempunyai gergaji besi atau tidak kerana mahu mengerat gari di tangannya.


“Saya menggunakan helah dengan memberitahu gergaji besi tidak boleh mengerat gari berkenaan sebelum banduan itu pergi ke rumah jiran berhampiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka banduan berkenaan mahu meminta bantuan jiran untuk meminjam gergaji besi, sebaliknya meniarap di bawah rimbunan pokok kadok untuk bersembunyi daripada buruan polis.


Katanya, selepas melihat banduan itu meniarap, dia memaklumkan kepada beberapa anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di taman berkenaan sebelum melihat banduan itu bergelut dengan anggota terbabit dalam usaha melarikan diri.

Lukman Hakim berkata, dia tidak menyangka kali pertama berdepan dengan seorang banduan dianggap berbahaya yang diburu polis, namun bersyukur kerana dia dan isteri tidak dicederakan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, beliau menghargai kerjasama dan berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis menangani kes itu.


Harian Metro, semalam melaporkan, seorang banduan berusia 32 tahun berasal dari Kuala Terengganu yang bersembunyi dalam hutan di Taman Datuk Rashid, di sini, selepas memboloskan diri daripada polis ditangkap selepas meminta bantuan penduduk taman perumahan itu membuka gari selain meminta segelas minuman.


Dalam kejadian itu, banduan terbabit yang sepatutnya menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bertindak di luar dugaan apabila menendang kerusi pemandu sekuat hati mengakibatkan Proton Waja dinaiki tiga anggota polis terbabas dan melanggar lori di tepi jalan di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, berhampiran Taman Datuk Rashid, di sini, jam 11.45 pagi.


Akibat tindakan agresif banduan terbabit, anggota yang memandu kenderaan itu, Lans Koperal Filyx Saver Anak Jino, 25, patah paha kanan manakala dua lagi anggota, Konstabel Zulhairi Ramli, 24, cedera di leher manakala Koperal Rashid Ahmad, 51, cedera di tangan dan pecah bibir.


Turut cedera, pemandu lori terbabit, Mohd Zamri Abdul Kadir, 28, selepas dilanggar kenderaan polis ketika membaiki kerosakan kenderaan berat dipandunya.-Harian Metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment