Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Sept 2012

' Saya minta maaf ' susulan kes pelajar londeh seluar


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Susulan kes tayang punggung tempohari , pelajar terbabit minta maaf.....

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Huuh ...dah terhantuk baru terngadah....

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Memang tak dibayar tapi dihasut....

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Patut ke kena tindakan undang-undang ?

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

Kena rasuk kot ?

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.

Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.

“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.

Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.

Dengar kata kolej dah buang dia , betul ke ?

"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.

“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

Memang lumrah dah kena baru menyesal itu dan ini , waktu tengah kena rasuk , macam orang kena masuk hantu , apa pun pujian harus diberikan kepada dia kerana memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan Perdana Menteri . Sumber dari sinarharian.com.my

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Mister Joe said...

klu bengang skli pon xyah la londeh2 ........

zack mus said...

budak ni terikut-ikut kawan-kawan ni , tue la ibu bapa kena pantau kegiatan anak-anak dan dengan siapa anak kita berkawan .....

Post a Comment