Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Sept 2012

Buluh penyidai kain tertusuk di kepala budak akibat terjatuh dari flat


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Di Johor Bahru , seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini.

Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.

Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.

Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Boleh tahan juga dalam tu ..

Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini.

Difahamkan buluh tersebut terjatuh dari tingkat 12.

Mengimbas kejadian itu, Che Samad berkata, sebelum kejadian arwah berjalan di depan manakala dia mengekori kira-kira satu meter dari belakang anaknya itu.

“Entah bagaimana, secara tiba-tiba sebatang buluh terjatuh mengenai anak saya sebelum buluh tersebut tertusuk kira-kira lima sentimeter di belakang kepala arwah.

“Alias yang berlumuran darah terus pengsan menyebabkan saya yang panik terus membawa arwah ke hospital dengan menaiki motosikal,” kata Che Samad ketika ditemui di Rumah Mayat HSA.

Che Samad berkata, arwah terpaksa dibedah sejurus dimasukkan ke hospital sebelum ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dia menghembuskan nafasnya semalam. Petikan dari Kosmo.

Al-Fatihah untuk arwah anak ni ....

Memang bahaya jalan2 di bawah flat ni , itu pun nasib baik buluh, kalau pasu bunga, TV ke Mesin basuh ke yang jatuh , tak ke teruk !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...

ngerinya,,
kena hati2..
xtau bila bahaya dtg...

Post a Comment