Dok pikir gak gomen nak kasi apa kat penjawat awam tahun ni , tahun lepas dapat pelarasan gaji , sampai berapa persen ? tak ingat dah aku , kenaikan tahunan sampai RM 150 , wow kerja 2 tahun dah dapat RM 300 , berbaloi , mmg berbaloi , tapi tahun ni dengar kata mereka tu nak minta bonus sampai 2 bulan , dan ada khabar angin kata nak minta naik elaun tetap perumahan sbb sewa dan harga rumah makin naik sekarang ni , harga barang pun naik . Mmg dalam sejarah perkhidmatan awam gomen tak penah bagi bonus 2 bulan kpd penjawat awam, kalau bagi kali ni , ini satu sejarah , Malaysia book of record hi hi . apa pun berita penuh ada kat bawah ni aku ambil kat blog ceupacs
KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.
"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.
Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
5 comments:
Minta2 la bajet 2013 nieh boleh meringankan beban rakyat.. Hurmm..
Psstt.. First time terjah blog nieh.. Wa orang Tunjang.. Tau kan? Hehe..
halo tunjang blogger , crewfathi , folo ..
Wah... kalau cam tu OKje tumpang gembira aje le.... semoga mimpi menjadi realiti, bukan fantasy lagi... Insyaallah..
x sabo tunngu dis friday...
mimpi jd realiti?????
elek kalau pm nak bagi , asyik2 dapat rm 1000 dua kali bayar
Post a Comment