Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Jun 2013

SU4MI saya BAR4N !! Derhakakah saya lari dari rumah !?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

 Soalan :

Saya ada soalan berkaitan masalah rumah tangga. Perkara ini berlarutan sejak empat tahun lalu apabila suami sudah pandai bermain kayu tiga di belakang saya iaitu bercinta dengan janda beranak lima.

Lebih dua tahun saya bersabar dengan perangai dan alasan tak munasabah yang diberi oleh suami seperti kawan sejak dari bangku sekolah rendah yang sudah lama terpisah.

Saya terbaca SMS rindu dan sayang, gambar yang diberi oleh janda itu dan suami sorokkan di bawah baju yang disimpan di dalam almari dan macam-macam lagi.

Boleh dikatakan setiap kali suami bekerja luar kawasan mesti janda itu turut sama. Saya juga sudah menemui pengamal perubatan Islam dan diberitahu yang suami saya disihir. Malah, saya turut disihir supaya membenci suami dan nafsu terhadap suami hilang.


Saya ingatkan selepas suami tahu apa yang sudah dilakukan janda itu dia akan menyesal, tetapi sangkaan saya meleset. Dia beralih arah kepada wanita lain pula.


Kali ini lebih teruk apabila suami seolah-olah tidak berasa bersalah dan segan untuk memperkenalkan dan membawa wanita itu ke mana sahaja, contohnya ke Kuala Lumpur untuk menemaninya yang kononnya ada urusan perniagaan.

Semuanya terbongkar apabila perempuan itu memuat naik gambar dia sewaktu ke Kuala Lumpur bersama suami saya di Facebook. Saya mengumpul bukti lalu bertanya kepada suami dan akhirnya dia mengaku.

Malah, saya juga dipukul banyak kali oleh suami sama ada di depan ibunya atau ahli keluarganya. Saya sudah membuat aduan dan menjalani sesi kaunseling di pejabat agama bersama suami.

Bagaimanapun, apa yang saya nampak seolah-olah tidak memberi kesan kepada suami. Dia menggunakan sepenuhnya kuasa seorang suami untuk menyekat hubungan saya dengan ahli keluarga terutama adik kembar saya.

Ini kerana saya selalu menceritakan perihal dipukul suami kepada adik saya itu. Apabila suami dapat tahu dia terus menghalang saya berjumpa adik atau pergi ke rumahnya.

Suami juga mengharamkan adik saya daripada menjejakkan kaki ke rumah saya iaitu rumah yang suami dirikan. Apa tindakan yang harus saya lakukan?

Selepas suami memukul, saya keluar dari rumah bersama anak. Suami mengatakan saya derhaka dan akan masuk neraka.

Berdosakah saya Dr? Tolonglah jelaskan tindakan yang wajar diambil untuk menyelesaikan masalah yang terbeban di bahu saya ini.

Muslimat
Terengganu

Jawapan :

Sebenarnya anda sudah melakukan beberapa tindakan atau mengambil jalan tersendiri berikutan tindakan suami yang berkelakuan curang. Ini termasuk berjumpa pengamal perubatan Islam, membuat aduan di mahkamah dan lari dari rumah.

Suami pula memberi reaksinya tersendiri termasuk bertukar pasangan dengan wanita lain, bertindak memukul anda, menghalang dan menyisihkan keluarga daripada membantu anda serta menuduh anda sebagai derhaka (nusyuz).

Jelas, semuanya mengarah kepada perpecahan dan kehancuran rumah tangga apabila dibiarkan.

Dalam hal ini, sewajarnya ibu bapa anda berdua turut masuk campur memberikan nasihat agar keretakan itu tidak berlarutan.

Ini kerana ia tidak dapat diselesaikan lagi secara baik antara anda berdua saja. Ia boleh dilakukan dengan melantik hakam daripada kedua-dua keluarga yang akan menyelesaikan perbalahan.

Semoga langkah yang diaju nanti dapat menyelamatkan rumah tangga anda dan mengembalikan semula keharmoniannya.

Seterusnya anda boleh terus bersabar dengan kerenah suami dan menyerahkan semuanya pada Allah. Ini kerana Allah sahaja yang dapat menentukan apa yang akan berlaku.

Jika suami mahu hasrat berpoligami, anda perlu meredakannya. Ia lebih baik daripada suami melakukan hubungan sumbang.

Tindakan yang lain ialah memfailkan permohonan cerai apabila suami tidak lagi bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan anda. Namun, ia adalah jalan terakhir apabila semuanya tidak lagi mampu mengubah keadaan.-Metro

Gambar Hiasan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment