Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Jun 2013

Kejadian aneh di surau lama !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kelmarin saya pergi makan kenduri di rumah rakan wife di Changloon Kedah . Kami bertolak jam 1 tgh hari , sampai lebih kurang jam 1.30 , sedap lauk kenduri tu , siap ratah lauk kenduri , jam 3.30 saya pergi cari surau nak solat zohor , sebab wife kata dia tak nak balik lagi sebab nak tolong sat. Saya pun pandu kereta cari surau .

Terjumpalah surau macam gambar atas , surau Nurul Iman . Aku pergi tandas dan ambik wuduk dan naik ke tempat solat ikut pintu dekat tandas tu , jadi selipar aku letak kat pintu sebelah tandas lah ,  aku pun solat , lepas tu aku keluar nak cari selipar , satu kejadian aneh berlaku , selupar saya bukan terletak kat tempat tadi , tapi dah ada kat pintu depan .

Mana ada orang lain di surau tu selain saya . Pelik !! Memang saya ingat , selipar tu ada di pintu dekat tandas , dia bergerak sendiri ke ?  Kalau ada orang guna , mesti saya jumpa di surau tu , atau di pekarangan parking surau , kejadian tu menjadi tandatanya sampai hari ni .

Dari pemerhatian saya , surau tu memang banyak aktiviti , saya tengok di white board , kelas Al-Quran , Fardhu Ain , kelas agama , ada ustaz dan uztazah  yang bertugas di situ , rasanya berkat banyak aktiviti kot , mungkin makhluk halus yang baik ada situ , tapi waktu solat , saya tak rasa pula ada orang solat belakang saya , masih keliru memikirkan kejadian tu !!!??
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment