Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua esok.
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.
“Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti malah aspek keselamatannya dipertingkatkan,” katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini semalam.
Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.
Mohd. Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannya esok. -kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment