Jujurnya dia , jarang jumpa orang macam ni , kalau di Malaysia , tak tau apa nak jadi , kalau berjumpa dengan yang jujur tu nasib baik , kalau yg tak jujur nasib tak baik , lesap duit tu . Orang Singapore memang berdisiplin kat negara dorang , naik kereta pun cermat , tak leh buang sampah merata, tak leh langgar trafik lights, tapi kalau dorang mai Malaysia , haa bawa kereta macam pelesit , dah tu samseng lak tu , tak caya gi lah area JB waktu weekend , boleh tengok lah kerenah dorang , mmg berlagak , taula Dolar Singapore tinggi . Kat Malaysia ni ,di Car Wash pun duit boleh lesap , haa sat gi aku cerita ....
Di Singapura , seorang pemandu teksi warga tempatan diumumkan sebagai wira selepas dia memulangkan wang tunai Sg$1.1 juta (RM2.74 juta) kepada pasangan pelancong Thai yang tertinggal wang itu dalam teksinya.
Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam di tempat duduk penumpang belakang semalam selepas dia menurunkan pasangan itu di sebuah pusat beli-belah.
“Bila saya lihat wang itu, saya menyangka berdepan masalah. Saya pasti sekurang-kurangnya ada $200,000 (RM499,749) dalam beg itu,” kata pemandu teksi veteran yang sudah memandu teksi selama 31 tahun sepertimana dipetik daripada Straits Times.
Namun, bila dia membawa wang itu ke pejabat syarikat pengangkutan ComfortDelGro, rakannya yang menghitung wang itu terkejut mendapati ada RM2.74 juta dalam bentuk not kertas 1,000. Baca lagi sini
Dapat gak dia ganjaran atas kejujuran tu , pergh !! Jarang jumpa org jujur macam ni , nak sambung cerita atas tu , kat Car Wash pun hilang , ada la kawan aku cite , dia tertinggal RM 1000 dalam peti dashboard , hantar la Car Wash , lepas tu hilang , tanya la budak yg cuci tu , dia wat tak tau ja , tak dak bukti nak tuduh orang pun, malas nak panjang cerita , tak buat report polis pun , blah gitu je ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
haishhh syukur masih ade lagi pemandu yg amanah..
klau tidak da lesap laa tu...
syukur..
masih ada juga insan yg tak tamak dengan duit..
susah dah nak cari...
Hish... best jugak kalau jumpa duit banyak ni.... kot-kot empunya duit tu bagi saguhati RM100k ke .... tak ke senang setahun! ha..ha...
aku dok pikir sorang2 , berapa agaknya saguhati yang dia dapat atas kejujurannya tu , sure dapat cash tu
Post a Comment