Terbaca Metro hari ni , bayi boleh tolong ibu mop lantai , camna dia buat ? Sambil merangkak pulak tu ? Tengok cerita ni ....
Di London, sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak.
Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Ini adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai.
Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan.Berita penuh sini
Amacam ? Nak try guna wahai para ibu , macam kostum orang utan ( baju dia ) ja aku tengok . Macam ni bersih lah rumah kan ? Ada tukang mop sambilan ....yang pasti , baju ni tak boleh bawa anak kita gi jalan-jalan , nanti orang ingat anak King Kong ( baju dia ) mana pulak ni ?
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
5 comments:
Ha..ha... sian baby jadi mangsa...
kesian baby nih =(
jadi model pulak baby ni
Hahaha...
Kesian baby2 tu...
Tapi, idea yang kreatif :-)
Memang idea yang kreatif dan tak terfikir oleh minda kita . Selama ni kita anggap bayi sebagai pengacau org tua nak wat keje , tapi setelah tercipta baju ni , bolehlah tolong buat keje.
Post a Comment