Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Nov 2012

Bayi mop lantai ? Kreatif juga baju ciptaan mereka ni


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Terbaca Metro hari ni , bayi boleh tolong ibu mop lantai , camna dia buat ? Sambil merangkak pulak tu ? Tengok cerita ni ....




Di London, sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak.

Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.


Ini  adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai.

Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan.Berita penuh sini

Amacam ? Nak try guna  wahai para ibu , macam kostum orang utan ( baju dia ) ja aku tengok . Macam ni bersih lah rumah kan ? Ada tukang mop sambilan ....yang pasti , baju ni tak boleh bawa anak kita gi jalan-jalan , nanti orang ingat anak King Kong ( baju dia ) mana pulak ni ?



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

OKje said...

Ha..ha... sian baby jadi mangsa...

.::: Princess MOMOY :::. said...

kesian baby nih =(

zack mus said...

jadi model pulak baby ni

Unknown said...

Hahaha...
Kesian baby2 tu...
Tapi, idea yang kreatif :-)

zack mus said...

Memang idea yang kreatif dan tak terfikir oleh minda kita . Selama ni kita anggap bayi sebagai pengacau org tua nak wat keje , tapi setelah tercipta baju ni , bolehlah tolong buat keje.

Post a Comment